Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.tin] | روتين

Definisi : 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. su­­dah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, meng­gosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.tin] | روتين

Definisi : 1 apa-apa yg biasa dan selalu dilakukan; cara yg tetap dan biasa utk melakukan sesuatu; kebiasaan. 2 ist set arahan yg teratur dlm atur cara komputer yg digunakan utk mengarahkan komputer melaksanakan tugas tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rutin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ada pertanyaan berkaitan kata sendi nama DARI & DARIPADA. Bagi perkataan 'RUTIN' - 'berehat dari rutin harian...' / 'berehat daripada rutih harian...'. Penggunaan manakah yang betul?Salam,

Jawapan yang betul ialah berehat daripada rutih harian. "Dari" tidak boleh digunakan kerana perkataan rutin harian tidak merujuk kepada tempat atau arah.
Tatabahasa08.12.2015
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "job function" merujuk kepada set tugas atau aktiviti rutin yang dijalankan oleh seseorang yang memegang sesuatu jawatan. Istilah ini digunakan untuk menghuraikan jawatan semasa memaklumkan keperluan syarikat kepada pemohon pekerjaan. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "job function" - "fungsi kerja" atau apa-apa terjemahan yang lain?Padanan yang sesuai untuk perkataan Job Function ialah Fungsi Kerja atau Fungsi Tugas.Penyemakan dan penterjemahan03.10.2019
Apakah istilah yang paling tepat untuk terjemahan 'trip making research' dalam bahasa melayu? Adakah 'kajian pembuatan perjalanan' menepati terjemahan tersebut? (Untuk makluman tuan, kajian 'trip making' adalah perbuatan melakukan perjalanan atau membincangkan tentang bagaimana individu membuat rutin perjalanan mereka setiap hari (tempat kerja, sekolah, membeli-belah dsbnya). Terima kasih.Belum ada  istilah lagi untuk  "trip making research". "Kajian pembuatan perjalanan" tidak berapa sesuai kerana gabungan "pembuatan" dengan kata kerja "perjalanan" tidak gramatis.
Kami cadangkan beberapa padanan yang mungkin sesuai:
- kajian perjalanan
- kajian rutin perjalanan
- kajian kaedah perjalanan
- kajian pengurusan perjalanan
Istilah25.04.2014
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Panduan pelaksanaan pdpr menggunakan routine tools atau panduan pelaksanaan pdpr dengan menggunakan routine tools sekiranya hendak menggunakan tajuk ini "Panduan komprehensif penggunaan routine tools", kalau nak masukkan juga perkataan pdpr, apakah bentuk ayat yang lebih sesuai? Terima kasihAyat yang betul:
1. Panduan pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutin.
2. Panduan komprehensif konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutn.
Tatabahasa24.06.2021
Apakah maksud yang tepat dalam bahasa melayu bagi membezakan terma "food safety" dan "food security"? Adakah terdapat maksud yang spesifik antara kedua terma tersebut?Menurut istilah bahasa Melayu maksud food safety ialah keselamatan makanan yang bermaksud Disiplin saintifik yang menerangkan pengendalian, penyediaan dan penyimpanan makanan untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Keselamatan makanan meliputi beberapa rutin yang perlu diikuti bagi mengelakkan kemungkinan bahaya kimia, fizikal dan biologi yang akan berlaku manakala food security ialah keselamatan makanan yang bermaksud masa tanpa mengira keadaan fizikal, sosial dan ekonomi. Bekalan makanan tersebut perlu memenuhi keperluan pemakanan untuk kehidupan yang aktif dan sihat.Makna30.12.2019
Salam, saya ingin bertanya apakah perbezaannya terjemahan untuk perkataan "hearing" dan "trial" dalam istilah dalam mahkamah. Contoh ayat: "Spare me the diatribe, counselor. This is a hearing, not a trial". Sekian, terima kasih.Dalam data kami, terdapat istilah routine hearing yang digunakan dalam bidang sains politik yang mempunyai padanan bahasa Melayunya ialah sidang dengar  rutin.

Manakala istilah trial dipadankan dengan perbicaraan yang digunakan dalam bidang undang-undang.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hearing untuk lebih lanjut.
Tatabahasa16.04.2014

Kembali ke atas