Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(1) Sabah Negeri di Bawah Bayu atau Sabah Negeri Bawah Bayu? (2) Di bawah penyeliaan saya atau bawah penyeliaan saya? Terima kasih.1. Berdasarkan carian kami di laman web kerjaan negeri Sabah, penggunaan yang betul ialah Sabah Negeri di Bawah Bayu, lihat sabah.gov.my/about.asp">http://sabah.gov.my/about.asp.
2. Frasa yang betul ialah ialah "bawah seliaan saya" kerana tidak ruang yang jelas yang boleh dilihat secara fizikal.
Lain-lain02.01.2013
Antara ayat-ayat berikut yang mana satu betul ? a) Sabri melawat ke ladang teh Sabah. b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah. c) Sabri melawat ke ladang teh, Sabah. d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
b) Sabri melawat ke Ladang Teh Sabah.
d) Sabri melawat ke ladang teh di Sabah.
Tatabahasa18.10.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada bahasa Melayu yang digunakan di Sabah, sama ada Bahasa Melayu Sabah atau Dialek Melayu Sabah?

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah bahasa Melayu dialek yang bermaksud kelainan bahasa Melayu berdasarkan kawasan yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata, berbanding dengan bahasa Melayu baku. Contohnya, bahasa Melayu dialek Kelantan dan Kedah. Sehubungan itu, penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu dialek Sabah.

Tatabahasa12.03.2019
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya'Tatabahasa09.03.2011
Yang mana satu betul? 1. bumiputera Sabah atau bumiputera Sarawak 2. bumiputera Sabah atau Sarawak Minta berikan sebab ya?Penggunaan yang betul ialah bumiputera Sabah atau bumiputera Sarawak. Perkataan bumiputera tidak boleh digugurkan kerana bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak merupakan frasa. Tatabahasa17.06.2021
adakah tajuk ini betul "Kajian imej dan persepsi masyarakat Islam di Sabah terhadap imej dan kewibawaan mahkamah syariah di Sabah; kajian di Zon Pantai barat Sabah

Cadangan:

Mahkamah Syariah di Sabah: Kajian Imej dan Persepsi Masyarakat di Zon Pantai Barat.

Lain-lain27.11.2008
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim

Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah  (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my).

Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Lain-lain02.05.2018
Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah. Banyak orang suka melancong ke Sabah. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih.

Banyak orang suka melancong ke negeri Sabah dan Banyak orang suka melancong ke Sabah, kedua-dua ayat ini betul.

Tatabahasa27.09.2021
Boleh saya dapatkan panduan bagaimana tatacara untuk merujuk sesuatu kawasan yang digandingkan dengan arahnya, seperti di dalam dokumen dilampirkan. Sabah Timur atau Timur Sabah? Sarawak Barat atau Barat Sarawak? Juga bagaimana huruf besar dan huruf kecilnya? Terima kasih.Tatacara bagaimana sesuatu kawasan apabila digandingkan dengan arahnya berbeza mengikut jenis kata yang digunakan. Untuk menunjukkan arah, biasanya akan disebut arah dahulu kemudian tempat. Contoh:  ... akan mengalami hujan di timur Sabah. (dieja dengan huruf kecil kecuali nama tempat)
Untuk menunjukkan tempat pula akan disebut kawasan dahulu kemudian arahnya. Contoh: Penduduk Timur Sabah mungkin akan mengalami banjir ... (dieja dengan awalan huruf besar)
Makna25.12.2021
saya ingin menerbitkan buku untuk dijual kepada pelajar sekolah. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan penerbitan DBP. Bolekah berurusan di pejabat DBP cawangan Sabah.DBP sentiasa membuka peluang kepada warga karyawan untuk berkarya. Oleh sebab sdr menetap di Sabah, sdr boleh berhubung terus dengan Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah, Puan Nelawati Ngadul di talian 088-439260 atau menulis surat kepada Pengarah DBP Cawangan Sabah, Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah.Lain-lain06.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas