Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABAH

Sabah ialah negeri yang terletak di Malaysia

Timur. Sabah terletak di timur laut Kepulauan

Borneo, bersempadan dengan negeri Sarawak di

bahagian barat daya, Negara Brunei Darussalam di

bahagian timur laut, dan wilayah Kalimantan,

Indonesia di bahagian tenggara. Sabah dikelilingi

oleh Laut Sulawesi di bahagian tenggara, Laut Sulu

di timur laut dan Laut China Selatan di barat laut.

Sabah mempunyai keluasan 711 kilometer persegi

dan meliputi satu per sepuluh daripada

keseluruhan Kepulauan Borneo. Ibu negerinya

ialah Kota Kinabalu.

UMUM 
PARTI BERSATU SABAH (PBS)

Parti Bersatu Sabah (PBS), parti politik. PBS

ialah singkatan Parti Bersatu Sabah. Parti politik di

negeri Sabah ini telah didaftarkan dengan

rasminya pada 5 Mac 1985. Datuk Seri Joseph

Pairin Kitingan ialah perancang utama

penubuhan PBS. Dia telah dilantik untuk

mengetuai parti tersebut.

UMUM 
SAKARAN DANDAI, TUN

Sakaran Dandai, Tun (1930– ) ialah Yang

Dipertua Negeri Sabah yang kelapan (1995-2002).

Sebelum menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah,

dia berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah

selama sembilan bulan selepas Barisan Nasional

(BN) membentuk Kerajaan Campuran di Sabah

pada bulan Mac 1994. Pada bulan Januari 1995, dia

digantikan oleh Datuk Salleh Tun Mohd Said

sebagai Ketua Menteri Sabah.

UMUM 
BADAN BAHASA SABAH

BADAN BAHASA SABAH, persatuan penulis. Persatuan ini ditubuhkan pada 15 Mac 1970 di Tanung Aru, Kota Kinabalu, Sabah sebagai hasil percantuman antara Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dengan Persatuan Penulis-penulis Sabah (PERPESA). Badan Bahasa Sabah ini juga dikenal dengan singkatan BAHASA.

SASTERAKonsep
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep
PERJANJIAN SABAH

PERJANJIAN SABAH (1946), perjanjian persefahaman antara Syarikat Berpiagam Borneo Utara dengan kerajaan British.  Perjanjian ini ditandatangani untuk menyerahkan Sabah kepada kerajaan Britih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang telah memerintah Sabah sejak tahun 1881.  syarikat Berpiagam Borneo Utara terpaksa menyerahkan Sabah kepada kerajaan British kerana syarikat tidak lagi berminat untuk membangunkan semula Sabah yang telah mengalami kemusnahan akibat pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
BAHASA-BAHASA SABAH

BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris.

BAHASABahasa
PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH

PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH, institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal Islam dan penganutnya di Sabah.  Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai United Sabah Islamic Association (USIA).  USIA ditubuhkan pada 16 Ogos 1969 bersempena tarikh persidangan Kongres Masyarakat Islam Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH

MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH, badan yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal agama Islam di Sabah. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ditubuhkan pada 16 Februari 1971 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak No. 15/1971 oleh Dewan Undangan Negeri. Enakmen tersebut kemudiannya diubahsuai, dikemas kini dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada tahun 1977.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas