Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di timur laut Borneo, keluasan 73 711 km2, Kota Kinabalu sbg ibu negeri, Negeri Di Bawah Bayu; kesabahan bkn sifat kenegerian seseorang yg berasal dr Sabah (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kayu malamkayu malamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Diospyros spp. daripada famili Ebenaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah buey, kayu arang, kumoi, meribut, dan kumoi bukit, dan di Sabah ialah Sabah ebony. Spesies utamakayu ini termasuk Diaspyros buxifolia, D. clavigera, D. confertiflora, dan D. durionoides.. Gubal kayu ini tidak berbeza daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus atau agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Spesies yang lebih berat lebih sukar untuk dikeringkan, dan mempunyai kadar kecutan yang tinggi serta ketahanan semula jadi yang sesuai untuk perabot yang bermutu tinggi, kayu hiasan, dan panel. Kayu yang berwarna cerah pula digunakan untuk papan lapis, perabot, dan angkut.
jongkongjongkongPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dactyloclados stenastachys daripada famili Melastomaceae, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Nama tempatannya di Sabah ialah medang tabak, dan di Sarawak merabung. Gubal kayu jongkong sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna coklat muda semasa segar dan berubah menjadi gelap hingga coklat kemerahan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan kadang-kadang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 610 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu jongkong agak mudah diproses walaupun lambat mengering, dan tidak mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk membuat lantai, dinding, perabot serba guna, dan juga untuk venir dan papan lapis.
meranti putihmeranti putihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu kumpulan Anthoshotea dalam genus Shorea daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah melapi, dan kayu ini juga disebut dengan berbagai-bagai nama meranti di Semenanjung di Sabah, dan di Sarawak. Terdapat lebih daripada sepuluh spesies utama, seperti Shorea assamica, S. bracteolata, dan S. resinosa. Gubal kayu meranti putih berwarna putih dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna putih atau coklat mudah apabila terdedah.. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan semasa basah, dan agak sukar dikerjakan apabila kering. Mutu kemasiapannya juga brbeza-beza mengikut kandungan lembapannya. Secara umum kayu meranti putih lambat mengering, mempunyai ketahanan semula jadi yang sderhana, tetapi muddah di awet. Kayu meranti jenis ini sesuai untuk kegunaan am, seperti lantai, anak tangga, papan panel, perabot, dinding, dan terutamanya untuk venir dan papan lapis.
merawanmerawanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Hopea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Sarawak ialah luis dan meng, dan di Sabah disebut dengan berbagai-bagai nama selangan dan gagil bagi spesies Hopea sagar. Di Sabah kayu merawan sering dijual sebagai selanga batu No. 2 spesies utama, termasuk Hopea becceriana, H. pubescens, dan H. latifolia. Gubal kayu merawan berwarna lebih muda, dan biasanya sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kuning. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 495 hingga 980 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini sukar dikerjakan dan diawet, mengering dengan perlahan, dan mempunyai ketahanan semula jadi yang sederhana. Kayu merawan sesuai untuk kayu alang, lantai, tanggam, perabot, kayu venir, papan lapis.
gerutugerutuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai kayu Parashorea spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti gerutu, dan di Sabah ialah seraya putih berat. Spesies utama termasuk Parashorea demsiflora dan P. stellata di Semenanjung, dan P. parrifolia dan P. smythieii di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu gerutu berwarna kuning keputihan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keemasan, dan yang menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 770 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan.kayu ini mudah dikerjakan, kecuali apabila digergaji, dan agak sukar dikeringkan, mudah retak dan rekah, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu gerutu sesuai digunakan untuk kerja binaan sederhana dan ringan, dinding dan papan panel, perabot, lantai, venir, papan lapis, dan kotak kayu.
magasawihmagasawihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Duabangsa spp. daripada famili Sonneratiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung berembang bukit, di Sabah ialah magas dan tagahas, dan di Sarawak ialah sawih. Hanya dua spesies yang menghasilkan kayu ini , iaitu Duabanga grandiflora, yang terdapat di Semenanjung dan D. moluccana, yang hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Gubal kayu magasawih biasanya lebih muda warnanya dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu ini mudah diproses, dan dikerjakan tetapi mempunyai kadar kecutan yang tinggi. Ketahanan semula jadinya kurang baik dan kayu ini sukar diawet. Kayu magasawih sesuai digunakan untuk papan, kotak dan papan lapis.
sompotan (Mal)sompotanKesenianTiadaOrgan mulut dari Sabah.
nativeanak negeriUndang-undangTiadaPeribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks Perlembagaan.
tongkungan (Mal)tongkunganKesenianTiadaZiter batang buluh dari Sabah.
turiding (Mal)turidingKesenianTiadaHap rahang dari kaum Bajau, Sabah.
12345678910...

Kembali ke atas