Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sj pisau yg melengkung (utk memotong padi, rumput, dll); 2. (bentuk) melengkung spt sabit; bulan ~ bulan sehari (bulan baru); menyabit memotong (padi, rumput, dll) dgn sabit: orang tua itu sedang ~ di bendang; ~ kelapa mengait kelapa dgn sabit; menyabitkan menyabit utk: petang itu dia ~ ayahnya rumput utk lembu ternakan mereka; penyabit 1. pisau yg digunakan utk menyabit, sabit; 2. orang yg kerjanya menyabit: ~ rum-put. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crescenticbentuk sabit; sabitPertanianTiadaTiada
crescenticbentuk sabit; sabitGeologiTiadaTiada
bulan sabitbulan sabitKesenianTiadaEkor wau bulan yang berbentuk bulan sabit lazimnya 1/3 daripada bahagian ekor yang dikenali juga dengan nama tanduk.
sabit rotansabit rotanKerisTiadaGanja yang berbentuk seperti rotan yang dibelah dua.
crescentic fractureretakan sabitGeologiTiadaTanda sabit dalam bentuk retakan hiperbola yang lebih besar daripada tanda gelatuk.
crescentic gougekerukan sabitGeologiTiadaTanda sabit dalam bentuk peparit atau alur dengan dasar yang agak bundar, terbentuk melalui perenggutan permukaan batuan dasar oleh glasier.
crescent dunegumuk sabitGeologiTiadaGumuk pasir berbentuk sabit dengan sisi cekung yang bercerun landai terletak di kedudukan menghadap angin.
دين ثابتhutang sabitAgama IslamFiqhHutang yang telah sabit.
crescentic dunegumuk sabitGeografiTiadaGumuk pasir yang dasarnya berbentuk sabit dan mempunyai rabung yang curam dan cerun bahagian lindung angin yang landai. Gumuk jenis ini juga mempunyai dua tanduk yang bertentang dengan arah angin.
semilunar valveinjap sabitBiologiHistologi dan SitologiInjap berbentuk bulan sabit yang terdapat di antara ventrikel kanan dengan arteri pulmonari dan di antara ventrikel kiri dan aorta. Injap ini menghalang pengaliran darah berbalik ke jantung. Injap seumpama ini terdapat juga di dalam vena.
12345678910...

Kembali ke atas