Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bo.taj] | سابوتج

Definisi : 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa meng-hadapi pelbagai ~; mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris; pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat: akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabotaj (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khianat, perbuatan belot;,
Kata Terbitan : mensabotaj,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh tuan terangkan perkataan pinjaman yang tak boleh diimbuhkan dgn mem atau men seperti biasa? Cth? Mensabotaj atau menyabotaj? Menkuarantikan atau menguarantinkan? Kenapa menelefon betul tetapi bukan mentelefon? Ada lampiran yang boleh saya dapatkan berkenaan persoalan di atas?

Awalan meN- mempunyai empat varian iaitu  me-/mem-/men-/menge- dan  penggunaannya bergantung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Awalan yang betul bagi perkataan sabotaj ialah mensabotaj. Awalan meN- berubah menjadi men- apabila diimbuhkan dengan kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan bagi perkataan kuarantin ialah mengkuarantin,  awalan meN- berubah menjadi meng- apabila diimbuhkan dengan kata pinjaman yang  bermula dengan huruf k.  Bagi perkataan telefon pula ialah menelefon, awalan meN- menjadi me- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf t. (Huruf t berubah menjadi n (bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.

Ejaan11.11.2020

Kembali ke atas