Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabun;

Puisi
 

Kain putih disesah putih,
     Tengah bersesah sabun hilang;
Tuan kasih saya pun kasih,
     Tengah kasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan buku dalam ayat ini betul? Simon pergi ke kedai untuk membeli sabun buku.Buku ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah seperti sabun. Ayat yang lebih tepat ialah "Simon pergi ke kedai untuk membeli sebuku sabun".Tatabahasa13.04.2013
bunting sabunSila buat permohonan pengesahan iklan dalam talian melalui dbpsahbahasa.my atau datang ke Kaunter DBP Sah Bahasa di aras bawah menara DBP Kuala Lumpur.Lain-lain27.03.2018
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih.Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah:
1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan]
2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih].
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.10.2012
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Kerap cuci tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer.Ayat yang betul ialah "Kerap mencuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan."Tatabahasa15.01.2022
Saya nak pastikan ayat di bawah betul atau salah.Jika markah penuh ayat ini 2m, adakah semua ayat di bawah boleh dapat 2m?Tolong berikan penjelasan, terima kasih. 1. Ali mencuci kasut dengan sabun. 2.Ali mencuci kasut dengan air dan sabun. 3.Ali mencuci kasut dengan air sabun. 4. Ali mencuci kasut dengan air.Untuk makluman, keempat-empat ayat yang diberikan tidak mengandungi kesalahan dan boleh digunakan.Lain-lain18.05.2017
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa.

Tatabahasa05.04.2010
Merujuk soalan ejaan jawi bagi contoh perkataan sabun dan sihat. Minta maaf kerana saya masih tidak jelas maksud 'sihat merupakan suatu istilah'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'istilah'.Tolong beri contoh yang lain.Terima kasihistilah Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains;Tatabahasa25.07.2007
Apakah terjemahan untuk "soapberry"?Cadangan terjemahan bagi "soapberry" ialah beri sabunMakna24.07.2021
Cikgu saya kata, kita tidak boleh memulakan ayat dengan "Antaranya termasuklah". Contoh ayat: Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan. Antaranya termasuklah mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun. Bolehkah pihak tuan mengesahkan perkara ini - penggunaan "Antaranya termasuklah..."? Terima kasih.Perkataan "antara" berfungsi sebagai kata hubung dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaan "antara" dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah Terdapat banyak cara untuk menjaga kebersihan antaranya mandi dua kali setiap hari dengan menggunakan sabun.Tatabahasa05.08.2020
Selamat Sejahtera, kami ingin bertanya, bolehkah kami menggunakan papan tanda yang sedia ada untuk kilang baru kami? Kerana kami membeli sebuah kilang baru hanya bersebelah dengan bangunan lama. Oleh itu, kami akan menggunakan papan tanda yang sama untuk bangunan baru kami, hanya alamat akan berubah dari Plot 19-13 ke Plot 19-15. Papan tanda itu boleh rujuk kepada fail yang dilampirkan. Terima kasih.Untuk menamakan bangunan, perdu diletakkan keterangan di bahagian atas sekali, seperti "KILANG SABUN". Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa01.08.2016
12

Kembali ke atas