Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.gu] | ساݢو

Definisi : 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.gu] | ساݢو

Definisi : ; ~ hati a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.gu] | ساݢو

Definisi : 1 hati batang pokok palma (spt kabung). 2 = pokok ~ nama sj pokok palma yg hati batangnya boleh dibuat tepung sagu, Metroxylon spp.. 3 = tepung ~ tepung yg dibuat drpd hati batang pokok rumbia dsb. ~ hati a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Sagu ladang makan dek kuda,
     Anak udang balik batu;
Tidak padan dengan kita,
     Apa abang kata begitu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAGU

Sagu ialah kanji yang didapati di bahagian tengah

yang mampung atau empulur, daripada pelbagai

pokok palma tropika. Sejenis tepung, yang dikenali

sebagai tepung sagu, dibuat daripada sagu. Bekalan

terbesar sagu datang dari Hindia Timur. Banyak sagu

dihantar ke Eropah dan Amerika Utara untuk tujuan

masakan komersial. Tepung sagu digunakan

kebanyakannya untuk membuat puding dan sebagai

pemekat sup. Tepungnya berkhasiat dan mudah

dihadam. Sagu adalah salah satu daripada makanan

utama orang Hindia Timur.

UMUM 
BUTONBUTON,  pulau yang terletak di Sulawesi  Tenggara. Pada abad ke-16, Buton menghasilkan sagu, jagung dan kapas.  Penduduk tempatan sangat mahir dalam pertukangan besi seperti membuat membuat pisau dan pedang.  Pada tempoh prapenjajahan  Belanda, pedagang dari Ambon, Grisek dan Jaratan belayar ke Buton untuk membeli barangan besi dan hamba.  Hamba dibawa masuk ke Buton dari Filipina dan Indonesia Timur.  Kebanyakan hamba yang dijual berkhidmat di rumah orang kaya atau bekerja sebagai buruh di ladang lada di Banjarmasin.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MUKAH

MUKAH , wilayah di bawah kuasa Kesultanan Brunei dan pembekal utama sagu dunia pada abad ke-19. Mukah pada asalnya ialah sebuah perkampungan nelayan Melanau di Sarawak. Terdapat lebih kurang 37 buah kampung dan sebilangan kecil  kumpulan tertumpu di kawasan pinggiran Mukah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KEROPOK

KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan ba­wang putih semasa menggaul isi ikan. 

BUDAYAMakanan
MERPATI PUTIH TERBANG LAGI

MERPATI PUTIH TERBANG LAGI, NOVEL KARYA Khadijah Hashim.  Novel ini dicetak pada tahun 1972 (cetakan pertama) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Novel Sepuluh Tahun Merdeka anjuran kerajaan Malaysia pada tahun 1967.

SASTERAKarya
INTERLOK

INTERLOK, novel karya Abdullah Hussain. Interlok diterbitkan pada tahun 1971 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun 1973, novel ini telah diperbaiki dan dicetak semula untuk kali kedua. Novel ini memenangi hadiah sagu hati Peraduan Menulis Novel Sepuluh Tahun Merdeka.

SASTERAKarya
MOTUAN

Motuan ialah satu kumpulan yang terdiri

daripada kira-kira 10 000 orang yang tinggal di Port

Moresby, Papua New Guinea dan kawasan-kawasan

yang berhampiran dengannya. Mereka

berbangsa Melanesia dan agak baru di Papua New

Guinea. Anggota kumpulan ini mula-mula tiba di

sini kira-kira 5000 tahun yang lalu. Orang Papua

yang tinggal berhampiran sudah menetap di situ

sejak dahulu lagi. Bahasa Motuan ada kaitannya

dengan bahasa pertuturan di New Hebrides dan

Fiji. Wanita Motuan mahir membuat barangan

tembikar dan sejak berabad lamanya, kaum

lelakinya memperdagangkan barangan tembikar

tersebut dengan orang yang tinggal di sepanjang

Teluk Papua untuk mendapatkan sagu. Ekspedisi

perdagangan yang biasa dan dikenali sebagai hiri

membawa barangan tembikar ini dalam lakatois

(sampan).

UMUM 
PULAU MANUS

Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam

kelompok Admiralti Papua New Guinea.

Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini

bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya

sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan

di bahagian hujung timur yang boleh digunakan

untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000

penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau

di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini

ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan

yang mahir dan berdagang dengan penduduk

yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil

tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi,

nanas, pisang, dan sagu.

UMUM 
LUWU

LUWU, salah sebuah kabupaten di Propinsi Sulawesi Selatan. Luwu terletak di ceruk Teluk Bone yang memisahkan semenanjung selatan daripada semenanjung tenggara Pulau Sulawesi, dengan Propinsi Sulawesi Tengah di bahagian utara. Ibu kotanya ialah Palopo yang terletak di lingkungan sebelah utara pantai Teluk Bone. Luas kabupaten Luwu ialah 17 277 km persegi dengan penduduk lebih kurang 400 000 orang. Kebanyakan penduduknya orang Bugis dan Toraja. Luwu merupakan kabupaten yang terluas di Sulawesi Selatan dan hutannya menghasilkan kayu, rotan dan damar. Sementara tanaman utamanya ialah kopi, kelapa sawit, sagu, dan padi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas