Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Sagu ladang makan dek kuda,
     Anak udang balik batu;
Tidak padan dengan kita,
     Apa abang kata begitu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
mbuung saguTompe’ mbuung alap bana resonei.Sagu sedap rasanya.makanan dan minumanBajau
ambuyatampuyattepung sagu yg diproses/dimasak sehingga kentalAmbuyat alap kinakan makai loo’ daeng.Tepung sagu yang dimasak enak dimakan bersama kuah ikan..makanan dan minumanBajau
pikulan pemberian sagu hati kpd waris keluarga perempuan dlm majlis perkahwinan (boleh digantikan dgn wang tunai)4 pikulan bei penakan le’segaa.Empat buah sagu hati telah diminta mereka.budayaBajau
sampur pemberian berupa kuih dll kpd tetamu yang hadir dalam majlis kenduri (sagu hati)Segaa muan ta’ bangan jomo sampur.Mereka memberikan sagu hati kpd tetamu.budayaBajau

Kembali ke atas