Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Sagu ladang makan dek kuda,
     Anak udang balik batu;
Tidak padan dengan kita,
     Apa abang kata begitu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sago chipsagu racikVeterinarTiadaBahan makanan yang diperoleh daripada batang sagu selepas dibuang kulitnya. Batang sagu diparut, diayak untuk membuang serabut yang panjang dan kemudiannya dikeringkan. Bahan ini mengandungi serabut kurang daripada 20% dan protein 1-2% serta menjadi sumber tenaga untuk ternakan ruminan. Kadar penggunaannya boleh mencapai sehingga 70% pada ternakan ruminan dan 20% pada ternakan bukan ruminan. Sinonim mil empulur sagu.
sago by-producthasil sampingan saguVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada perusahaan sagu. Hasil-hasil tersebut terdiri daripada hampas dan buangan kanji. Hampas sagu mengandungi tenaga dan protein yang rendah manakala kandungan serabutnya sangat tinggi. Bahan ini hanya sesuai untuk diberi makan pada ternakan ruminan pada kadar kurang daripada 10%. Manakala, buangan kanji mempunyai kandungan tenaga yang tinggi tetapi kandungan protein dan serabutnya rendah. Bahan ini boleh dijadikan sumber tenaga untuk ternakan. Nama saintifik sagu: Metroxylon spp.
sago palm (Metroxylon sagu)rumbia (Metroxylon sagu)PertanianTiadaTiada
sagosaguPentadbiran PerniagaanTiadaKanji yang boleh dimakan yang diperolehi daripada pokok sagu
sago pith mealmil empulur saguVeterinarTiadaLihat sagu racik.
sagosaguPertanianTiadaTiada
large sagosagu mata ikanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pearl sagosagu telur ikanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pearl starchsagu mutiaraPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sago spleenlimpa saguVeterinarTiadaTiada
123

Kembali ke atas