Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) wang dll yg diberikan sbg ganti rugi: kerajaan telah membayar ~ hati kpd tuan-tuan tanah yg membenarkan kerajaan membina jalan raya di atas tanah mereka; b) ganjaran sbg penghargaan: selama Din bekerja ini, pernahkah menerima bonus atau ~ hati drpd syarikat?; hadiah ~ hati hadiah yg diberikan kpd orang yg tidak menang (sbg penghargaan dlm sukan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. wang dsb yg diberikan sbg ganti rugi. b. wang dsb yg diberikan sbg menghargai jasa atau tenaga seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tanganTatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan.Tatabahasa06.10.2009
1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. a. demi b. sebagai c. bagi d. di Jawapan yang akan saya pilih ialah b. jawapan yang di beri ialah c. Bolehkah tuan tolong terangkan? 2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. a. terlalu b. kurang c. agak d. sekali. Tuan, yang manakah satu ialah jawapan yang paling sesuai. tolong terangkan. sekian terima kasih

1. "____tanda pengahargaan, terimalah sagu hati ini sebagai kenang-kenangan," kata pegawai daerah kepada seorang penduduk kampung. - Perkataan demi, sebagai dan bagi boleh membawa maksud untuk tetapi jawapan yang paling tepat ialah sebagai yang membawa maksud menjadi .

2. Rumahnya ____ jauh di kawasan pedalaman. Jawapan yang tepat ialah terlalu (terlampau) atau agak (anggapan), kurang - merujuk perbandingan dan sekali - merujuk penghabisan tidak sesuai digunakan dalam ayat ini.

Tatabahasa08.12.2009
Apakah terma yang betul untuk perkataan 'election goodies'? sagu hati, hadiah. imbuhan atau ada terma yang lain? Terima kasih atas bantuan, Tuan.

Kesemua istilah tersebut boleh digunakan sebagai padanan bagi election goodies mengikut konteks dan situasi atau istilah lain, cenderamata.

Istilah27.07.2010
ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT BAYARAN SEKIRANYA KARYA SAYA DITERBITKAN DI MAJALAH??Bayaran sagu hati akan diberikan kepada pemilik karya yang disiarkan melalui majalah DBP. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Ketua Editor Majalah, Encik Azmi bin Ibraim melalui talian 03-21470000 atau e-mel azmi@dbp.gov.my.Lain-lain22.12.2015
1.saya nak tahu kenapa kita tak boleh guna'di kalangan'. 2.ejaan saguhati kenapa dia dekat 3.ejaan rekabentuk kenapa jauh.'Di kalangan' dan 'dalam kalangan' kedua-duanya boleh digunakan. Oleh sebab 'di' telah ditetapkan untuk menunjukkan tempat, maka lebih sesuai diguanakan 'dalam kalangan'. Ejaan saguhati dieja sagu hati.Tatabahasa16.03.2008
siapakah pengarang novel tingkatan satu limpahan darah disungai semur?boleh berikan biodatanya?Salam Sejahtera, Nama pengarang novel yang dimaksudkan ialah Zakaria Salleh. Biodata : Tarikh Lahir : 13 Mei 1944 Tempat Lahir : Taiping, Perak Kerjaya : - Pegawai ATM (bersara) - Pegawai Bentara di Parlimen Malaysia Karya : Novel-Malam Berapi di Kalabakan - Pahlawan Gubir - Biografi Seorang Jeneral (Tan Sri Abd. Hamid Bidin) - Limpahan Darah di Sungai Semur Novel Remaja : - Kerana Budi Hati Terpaut - Bosku Kekasihku - Sekeping Hati yang Retak Antologi Puisi : - Selagi Ombak Mengejar Pantai Antologi Cerpen : -Penyertaan Hadiah/Anugerah : - Peraduan Menulis Skrip Drama TV Berunsur Islam (Sagu hati) anjuran Pusat IslamLain-lain16.05.2007
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020

Kembali ke atas