Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~. ~ karib kawan yg rapat sekali. ~ handai semua kawan. ~ Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia. bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat. persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat: ~ kami menjadi semakin erat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nasi habis budi bersua.

Bermaksud :

Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ranjūr( روجنر )rande( هدنر )rang( گنر )rangārang( گنراگنر )ravān, rūḥ( حور ،ناور )rūbāh( هابور )rūpūsh( شوپور )rūḥ afzā, shād( داش ،ازفا حور )rowḥānī( ىناحور guruh kebajikan kelakuan, tabiat pergi, meninggalkan sahabat, kawan sakit, kesakitan tidak sihat ketam (alat) warna berbagai-bagai warna roh, nyawa musang jubah, cadar gembira kejiwaan; rohaniah, mengenai roh thunder welfare behaviour to go, to leave friend pain

Kembali ke atas