Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ham] | ساهم

Definisi : modal sah syarikat yg dicarumkan oleh pemilik, syer: ~ syarikat telekomunikasi itu mendapat sambutan yg cukup besar drpd seluruh pelabur; ~ mewah (Eko) saham bermutu tinggi yg dapat memberikan pulangan dividen yg baik, biasanya saham syarikat yg besar dan ter-kenal; pemegang ~ orang yg mempunyai saham sesuatu perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ham] | ساهم

Definisi : syer dlm sesuatu badan perniaga­an dll yg melayakkan pemiliknya me­ne­­rima dividen, mengundi dan mem­punyai hak milik yg berkadar dgn jum­lah yg dimilikinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saham (kata nama)
Bersinonim dengan sero, syer, andil.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMANAH SAHAM

Amanah saham ialah syarikat pelaburan atau

gabungan firma yang mengumpul wang para

pelabur dan menggunakan wang itu untuk

membeli saham atau sebarang jenis sekuriti lain.

Sebagai ganti kepada wang, para pelabur

menerima saham. Saham daripada syarikat ini

dikenali sebagai saham amanah.

UMUM 
TELEPRINTER SAHAM

Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik

yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok

dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video.

Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk

nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan

saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau

dijual.

UMUM 
STOK DAN SAHAM

Stok dan saham merupakan hak pemilikan di

dalam syarikat liabiliti terhad. Setiap syarikat

mempunyai satu stok yang dibahagi kepada

beberapa saham. Saham mungkin dipegang oleh

orang perseorangan atau syarikat lain. Pemegang

saham melaburkan wang dalam sebuah syarikat

dan mendapat sebahagian hak pemilikan syarikat

dan berkongsi keuntungannya sebagai pulangan.

Istilah stok juga digunakan untuk merujuk kepada

perjanjian jangka panjang dalam membuat

pinjaman kepada kerajaan atau sesuatu syarikat

besar, yang tidak melibatkan hak milik.

UMUM 
SAHAM AMANAHAlat kewanganEKONOMI DAN PENGURUSANAlat/Alatan
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
SYARIKAT SAHAM BERSAMA

Syarikat saham bersama ialah satu bentuk

organisasi perniagaan yang memperoleh dana

melalui penjualan stok saham (modal syarikat)

kepada sekumpulan individu bagi menjalankan

perniagaan. Syarikat ini banyak ditubuhkan pada

tahun 1600-an dan tahun 1700-an ialah pelopor

syarikat dan perbadanan moden yang terdapat pada

hari ini (lihat Perbadanan; Syarikat).

UMUM 
SYARIKAT BERHAD

Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan

dengan setiap pemegang saham hanya

bertanggungjawab terhadap saham yang

dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang

yang memegang saham hanya akan hilang wang

yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut.

Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur

tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang

dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain,

dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.)

atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau

singkatan plc (“public limited company” atau syarikat

awam berhad) yang digunakan selepas nama

sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan

pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke

atas jumlah wang yang telah dilaburkan.

UMUM 
BURSA SAHAM

Bursa saham ialah pasaran membeli dan

menjual saham dan syer oleh syarikat swasta

atau kerajaan. Bursa saham juga dikenali sebagai

pasaran saham.

UMUM 
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA

SKIM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, skim saham amanah untuk kaum bumiputera dengan harga tetap RM1 seunit yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Bumiputera (Skim ASB) ditubuhkan pada tahun 1990 setelah Sekim Amanah Saham Nasional (Skim ASN) diurus niaga mulai 1 Januari 1991.  Skim ASB tidak menggantikan Skim ASN, tetapi ia adalah skim tambahan dengan ciri dan struktur yang sama seperti ASN dengan pelaburan maksimum sebanyak        RM100 000.  Penubuhan Skim ASB membolehkan kaum bumiputera terus bergiat dalam pelaburan saham amanah dengan risiko paling minimum di samping terus melabur dalam Skim ASN.  Skim ASB merupakan skim saham amanah yang terbesar di Malaysia dengan pemegang saham berjumlah 4.52 juta orang dan pelaburan berjumlah RM25 bilion pada 31 Disember 1996.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas