Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ham] | ساهم

Definisi : modal sah syarikat yg dicarumkan oleh pemilik, syer: ~ syarikat telekomunikasi itu mendapat sambutan yg cukup besar drpd seluruh pelabur; ~ mewah (Eko) saham bermutu tinggi yg dapat memberikan pulangan dividen yg baik, biasanya saham syarikat yg besar dan ter-kenal; pemegang ~ orang yg mempunyai saham sesuatu perniagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ham] | ساهم

Definisi : syer dlm sesuatu badan perniaga­an dll yg melayakkan pemiliknya me­ne­­rima dividen, mengundi dan mem­punyai hak milik yg berkadar dgn jum­lah yg dimilikinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saham (kata nama)
Bersinonim dengan sero, syer, andil.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prior preferred stocksaham keutamaan duluPentadbiran PerniagaanTiadaSaham keutamaan yang mempunyai tuntutan lebih dahulu daripada saham-saham keutamaan yang dikeluarkan oleh syarikat.
shareholder's registerdaftar pemegang sahamPentadbiran PerniagaanTiadaDaftar yang mengandungi maklumat tentang pemegang saham bagi setiap pemegang saham, termasuk nama pemegang saham, bilangan saham yang dimiliki, nilai dan jenisnya.
investment vehicleinstrumen pelaburanPentadbiran PerniagaanTiadaJenis-jenis pelaburan seperti bon, saham, saham keutamaan, debentur dan sebagainya.
gold mutual funddana amanah emasPentadbiran PerniagaanTiadaDana amanah yang mempunyai portfolio yang terdiri daripada saham-saham syarikat perlombongan emas.
sahm mumtazahsaham keutamaanPerniagaan IslamTiadaSaham yang diterbitkan dengan ciri istimewa untuk membezakannya daripada saham biasa. Contoh keistimewaan saham keutamaan adalah mendapat dividen terlebih dahulu, ciri dividen boleh bersifat kumulatif dan boleh ditukar menjadi saham biasa. Walau bagaimanapun, pemilik saham keutamaan tidak mempunyai kuasa mengundi. Sinonim asham mumtazah.
sahm lihamilihasaham pembawaPerniagaan IslamTiadaSijil saham yang tidak tercatat nama pemilik. Individu yang membawa sijil saham tersebut dianggap sebagai pemilik saham oleh syarikat. Saham pembawa tidak sah dari segi syarak kerana tidak dapat dipastikan pemilik sebenar serta boleh mewujudkan perbalahan antara pembawa dengan pemilik sebenar saham tersebut. Sinonim asham lihamiliha.
waqf sharesaham wakafEkonomiEkonomi IslamWakaf dalam bentuk saham yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai yang ingin membuat sumbangan wakaf berdasarkan jumlah yang tertera pada saham berkenaan. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menguruskannya bagi menghasilkan pendapatan atau manfaat yang berterusan selaras dengan objektif wakaf itu diwujudkan. Wakif tidak menerima keuntungan atau dividen daripada saham wakaf itu, sebaliknya keuntungan tersebut diserahkan kepada nazir untuk diberikan kepada penerima wakaf. Contohnya, Saham Wakaf Johor, Saham Wakaf Melaka dan Saham Wakaf Selangor yang masing-masing dengan nilai minimum RM10 seunit.
cyclical stocksaham kitar; stok kitarPentadbiran PerniagaanTiadaSaham kitar: Saham yang harganya cenderung naik atau turun pada musim tertentu disebabkan jenis keluaran dan perkhidmatan.
stock splitpecahan sahamPentadbiranTiadaMemecahkan saham supaya bilangan saham bertambah, tetapi nilai taranya kurang secara berkadar dengan bilangan saham.
stock righthak sahamPentadbiranTiadaHak yang memberikan pemegang saham kelebihan untuk penambahan belian saham berdasarkan bilangan saham yang dimiliki supaya peratus kepentingan tidak berubah.
12345678910...

Kembali ke atas