Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hut] | ساهوت

Definisi : balasan (kpd panggilan atau pertanya-an), jawab: “Apa, kak?” ~ perempuan itu; bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; menyahut 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu; sahutan kata-kata utk menyahut, hasil per-buatan menyahut: ~nya kedengaran begitu lemah; penyahutan perbuatan menyahut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hut] | ساهوت

Definisi : jawapan yg diberikan apabila di­ta­nyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sen­tiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahut (kata kerja)
Bersinonim dengan balas, jawab, sambut;,
Kata Terbitan : bersahut, bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut, menyahut, menyahuti, penyahutan, sahutan,

Puisi
 

Kokok ayam sahut-menyahut,
     Kokok mari di malam hari;
Anak laut pulang ke laut,
     Tempat bermain setiap hari.


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Sahut cabaran semasaAl-Abror Mohd YusufHarian Metro11.11.2006
Sahut cabaran jika mahu seiring kaum lainAkhbar:  Utusan Malaysia18.09.2003
Ku Sahut Seruanmu 'Allah'Rmj/sshjaBorneo Mail22.06.1997
Nawawi sahut cabaranNor Akmar SamudinHarian Metro05.11.2004
DBP perlu sahut teguran, cabaranAbdul Samad Abdul HakimUtusan Malaysia29.11.2007
Raja Azhar sahut cabaran kacaRafidah RahmatMingguan Wanita10.07.1998
M. Shah sahut langit terbukaRaja Yusoff ArifinMetro Ahad07.05.2000
Maziah manfaat pengalaman, sahut saranan majikan berkaryaShaidah ShafieBerita Harian15.02.2007
Kisah dua remaja sahut cabaranPena ZamanUtusan Malaysia03.05.2000
Penulis Perak perlu sahut cabaranNordin AbdullahUtusan Malaysia05.09.1995
12

Kembali ke atas