Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.hut] | ساهوت

Definisi : balasan (kpd panggilan atau pertanya-an), jawab: “Apa, kak?” ~ perempuan itu; bersahut berjawab, berbalas: laungan itu tiada juga ~; bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut berbalasan, berjawab-jawaban: bunyi riang-riang rimba ~ dgn bunyi burung hutan; menyahut 1. menjawab (panggilan, per-tanyaan, dll), membalas: ia tidak ~ ketika di-sapa oleh temannya; saya ~ salamnya; 2. mem-beri reaksi positif terhadap sesuatu (seruan, cabaran dsb): kita harus ~ seruan kerajaan itu demi kepentingan generasi kita yg akan datang; menyahuti menjawab akan, membalaskan: maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu; sahutan kata-kata utk menyahut, hasil per-buatan menyahut: ~nya kedengaran begitu lemah; penyahutan perbuatan menyahut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.hut] | ساهوت

Definisi : jawapan yg diberikan apabila di­ta­nyai atau dipanggil: “Saya, mak”, ~ Harun. bersahutan, bersahut-sahutan sen­tiasa ada yg membalas teriakannya dll; saling membalas; berbalas-balasan: Burung-burung bernyanyi ~. menyahut 1 menjawab panggilan dll; membalas: Dia tidak ~ ketika ditanyai gurunya. 2 memberikan jawapan kpd; membalas: Tiada seorang pun yg ~ teriakannya. 3 memberikan reaksi yg positif dan melakukan apa-apa yg diusulkan: Para belia hendaklah ~ seruan kerajaan agar menjauhi dadah. sahutan kata-kata utk menyahut; jawapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahut (kata kerja)
Bersinonim dengan balas, jawab, sambut;,
Kata Terbitan : bersahut, bersahutan, bersahut-sahutan, sahut-menyahut, menyahut, menyahuti, penyahutan, sahutan,

Puisi
 

Kokok ayam sahut-menyahut,
     Kokok mari di malam hari;
Anak laut pulang ke laut,
     Tempat bermain setiap hari.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonal answersahut tonalKesenianTiadaTiada
challenge-responsecabar-sahutTeknologi MaklumatTiadaSejenis tatacara pengesahihan untuk memasuki sistem yang membolehkan pengguna menyahut cabaran dengan memberikan kod kunci rahsia yang betul.
challenge-responsecabar-sahutTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMekanisme penyahihan pengguna yang tidak berdasarkan kata laluan tetapi berdasarkan rumusan. Setiap pengguna akan diberikan satu rumusan matematik unik yang memerlukan sebilangan pemboleh ubah yang belum lagi ditetapkan. Rumus yang sama akan disimpan oleh sistem untuk mengesahkan pengguna. Semasa proses pengesahan dilakukan, pengguna akan terlebih dahulu membekalkan pengenalan pengguna. Sistem komputer kemudian akan membekalkan beberapa pemboleh ubah sebagai cabaran. Pengguna seterusnya akan mengambil pemboleh ubah ini dan menggunakannya dalam rumus yang diberikan. Apabila jawapan bagi rumusan diperoleh, pengguna akan menginput jawapan ini sebagai sahutan kepada cabaran sistem. Sekiranya jawapan yang diberikan oleh pengguna adalah sama dengan jawapan yang ditunggu oleh sistem, maka identiti pengguna dapat disahkan. Contohnya, sistem komputer memberikan Ali rumusan X + (Y/Z) sebagai rumusan unik. Dalam proses log masuk, sistem komputer mencabar Ali dengan membekalkan pemboleh ubah X = 37, Y=14, dan Z=7. Ali menggunakan pemboleh ubah ini (37+(14/7) dan memperoleh jawapan 39. Ali menginput 39 sebagai sahutan cabaran dan dibenarkan masuk oleh sistem.
responsorialresponsorialKesenianTiada1. Nyanyian sahut-menyahut di antara penyanyi solo dengan korus dalam carta grogeria. 2. Istilah lama untuk gradual. 3. Koleksi bahagian-bahagian dalam Mass.
double chorusdwikorusKesenianTiadaDua seksyen dalam koir atau komposisi yang menggunakan teknik sahut-menyahut.
one-time passwordkata laluan guna sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah pengesahan pengguna berasaskan teknik cabar sahut, iaitu pada setiap sesi pengesahan yang berlainan, sistem akan membekalkan beberapa pemboleh ubah yang berbeza-beza. Berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan, pengguna akan mengira nilai yang sepatutnya diberikan sebagai jawapan. Pengguna tidak diberikan kata laluan yang kekal tetapi diberikan rumus algebra yang unik, ataupun senarai rujukan atau jadual persilangan. Contohnya, pengguna diberikan rumusan (x2 + 3y)/z sebagai algoritma yang unik dan kekal. Sistem pula akan membekalkan pemboleh ubah x =4, y=3 dan z=5 sebagai cabaran. Pengguna akan menggunakan pemboleh ubah berkenaan dalam rumusnya seperti yang berikut: (42 + 3(3)) /5 = 5 dan membekalkan jawapan �5� sebagai tindak balas. Sekiranya jawapan adalah betul, sistem komputer akan membenarkan pengguna mencapai sistem tersebut. Kaedah ini dapat mengekalkan pemintasan kata laluan melalui analisis rangkaian kerana sistem akan memberikan pemboleh ubah yang berlainan pada setiap sesi.
electronic code book (ECB)buku kod elektronik (ECB)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerMod yang menggunakan sifer blok untuk menyulitkan lebih daripada n-bit teks biasa Mod ini hanya sesuai untuk operasi yang mudah seperti cabar-sahut dan beberapa tugas pengurusan kekunci.

Kembali ke atas