Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[said] | ساءيد

Definisi : lipatan pd pakaian (seluar, baju, dll) yg telah digosok (diseterika); bersaid ada saidnya: sekarang dia memakai pakaian yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata said


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAID, EDWARDAhli falsafah sastera.SASTERATokoh
DOL SAID

Dol Said (1773–1849), Penghulu Naning yang

menentang pentadbiran British. Dol Said dari

keturunan suku Semelenggang. Dia memegang

jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun

1833.

UMUM 
PORT SAID

Port Said (pend. 460 000) ialah bandar di Mesir

yang terletak di persimpangan Terusan Suez dan

Laut Mediterranean. Namanya dalam bahasa Arab

ialah Bur Said .

UMUM 
SAID, NURI AS-

Said, Nuri as- (1888–1958) ialah pegawai tentera

dan ahli politik Iraq, berkhidmat sebagai Perdana

Menteri Iraq pada 14 peristiwa yang berbeza. Dia

dikenali kerana usahanya untuk menyatupadukan

orang Arab.

UMUM 
TITIE SAIDTITIE SAID (1935 -       ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 11 Julai 1935 di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia. Nama penuhnya ialah Titie Raya Said Sadikun. Dia adalah pelajar arkeologi di Universitas dan mendapat ijazah Sarjana Muda pada tahun 1959. dia pernah menjadi sidang redaksi beberapa terbitan berkala seperti Wanita, Hidup dan Kartini dan pada tahun 1980, dia memimpin pula majalah Famili. Dia turut menjadi anggota DPRD Tingkat I Propinsi Bali setelah mengikut suaminya bertugas di sanaSASTERATokoh
SYEIKH HAJI MUHAMMAD SAID AL-LINGGI

Syeikh Haji Muhammad Said al-Linggi

(1874–1926), ulama dan pengarang kitab. Dia

terkenal sebagai ulama yang mengembangkan

Tarekat Ahmadiah yang diasaskan oleh Syeikh

Ahmad Idris ad-Dandrawi. Dia mengembara

hingga Kemboja, Thailand dan Singapura, selain

Semenanjung Tanah Melayu dalam usaha

mengembangkan ilmu dan tarekat

UMUM 
MUHAMMAD MUHAMMAD SAID

MUHAMMAD MUHAMMAD SAID (1888-1939), ulama dan penulis. Dia lahir pada 30 Januari 1888 di Kampung Dalam Kubu, Kota Bharu, Kelantan. Nama sebenarnya ialah Haji Muhammad bin Haji Muhammad Said. Ayahnya ialah Haji Muhammad Said Khatib bin Haji Jamaluddin adalah seorang ulama dan khatib, dan Hakim Mahkamah Tanah semasa pemerintahan Sultan Muhammad (m.m. 1900-1920).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
A. SAMAD SAID

A. SAMAD SAID (1935-   ), penulis dan Sasterawan Negara yang keempat.  Dia lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

SASTERAKonsep
SAID ZAHARI

SAID ZAHARI (1928 -     ), nasionalis dan wartawan.  Dia lahir pada 18 Mei 1928 di kawasan Scotts Road, Singapura.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanglin Besar, sebelum menyambung pelajaran di sekolah Jepun Sihan Gakko selama lebih kurang dua tahun.  Setelah kekalahan Jepun, Said meneruskan persekolahannya di Anglo-Chinese Evening School dan kemudian di Anglo-Malay Evening School hingga memperoleh sijil Senior Cambridge pada tahun 1951.  Dia mahir dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345

Kembali ke atas