Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sains;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
SAINS

Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas

yang menangani fakta cerapan dan hubungan

antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal

daripada perkataan Latin scientia yang bererti

pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai

jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains

mencari bukti tentang asal usul alam semesta.

Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di

dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji

tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian,

atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik

yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian

mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara

dunia berfungsi.

UMUM 
PUSAT SAINS NEGARA

Pusat Sains Negara ialah pusat pembelajaran

informal tentang sains dan teknologi. Ia ditubuhkan

berasaskan falsafah pembelajaran menerusi

penerokaan dan penemuan demi meningkatkan

kefahaman serta menimbulkan rasa ingin tahu

tentang sains dan teknologi.

UMUM 
SAINS POLITIK

Sains politik ialah kajian sistematik tentang

kehidupan politik. Ahli sains politik mencari

jawapan kepada soalan seperti “Atas dasar apakah

yang mewajarkan tindakan kerajaan?” dan “Untuk

kepentingan siapakah kerajaan bertindak?” Mereka

mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti

politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan,

pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan

perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti

individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan

asas manusia. Sains politik adalah berhubung

dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan,

keadilan, dan kuasa.

UMUM 
SAINS BUMI

Sains bumi ialah kajian tentang bumi serta asal

usul dan perkembangannya. Bidang ini berkaitan

dengan susunan dan struktur bumi serta atmosfera

dan airnya. Sains bumi ialah bidang yang sangat

luas yang menggabungkan banyak bidang

pengkhususan yang berkaitan, termasuk geologi,

meteorologi, oseanografi, dan geografi fizikal.

UMUM 
AHLI SAINS KRISTIAN

Ahli Sains Kristian ialah ahli-ahli pergerakan

agama yang menekankan penyembuhan rohaniah.

Mary Baker Eddy, wanita Amerika, mengasaskan

pergerakan Sains Kristian pada tahun 1800-an.

Agama ini berpunca daripada agama Kristian

Protestan.

UMUM 
PLANETARIUM NEGARA

Planetarium Negara ialah institusi penyelidikan

dan pendidikan sains angkasa. Ia dikendalikan oleh

Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di bawah

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar,

Malaysia. Planetarium ini diketuai oleh Datuk Dr.

Mazlan Othman sebagai Ketua Pengarah yang juga

merupakan seorang ahli astronomi.

UMUM 
PERSATUAN AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND UNTUK KEMAJUAN SAINS

Persatuan Australia dan New Zealand

untuk Kemajuan Sains (Australian and New

Zealand Association for the Advancement of

Science–ANZAAS) ialah sebuah organisasi yang

memainkan peranan yang penting dalam

memajukan pertukaran maklumat sains di seluruh

Negara-negara Komanwel.

UMUM 
FIKSYEN SAINS UMUM 
SAINS KETENTERAAN

Sains ketenteraan ialah kajian saintifik

mengenai prinsip mengawal tatacara peperangan

dan penerangan prinsip-prinsip tersebut semasa

peperangan.

Rencana berkaitan dalam Ensiklopedia Dunia

termasuk:

Logistik Tentera darat Tentera udara

Perang Tentera laut

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas