Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sain.ti.fik] | ساءينتيفيک

Definisi : bkn sesuatu yg dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains; kesaintifikan keadaan saintifik: ~ sejarah hanyalah dlm aspek penyelidikan dan pengamatan bukti sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sain.ti.fik] | ساءينتيفيک

Definisi : mengikut kaedah sains; teratur atau bersistem spt ilmu sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saintifik


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyiasatan saintifikscientific investigationKaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan.Menengah Rendah
arkeologiarchaeologyKajian saintifik tentang peninggalan zaman purba. Kajian dibuat melalui penggalian dan penghuraian kesan-kesan peninggalannya.Menengah Rendah
teknologitechnologyAplikasi pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia melalui penciptaan baru.Sekolah Rendah
teknologitechnologyAplikasi daripada pengetahuan saintifik yang meningkatkan kualiti hidup manusia.Menengah Rendah
paramesiumparameciumSejenis hidupan akuatik unisel yang berbentuk bujur. Organisma ini biasanya memakan bakteria. Nama saintifik Paramecium sp.Menengah Rendah
euglenaeuglenaKumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat RajahMenengah Rendah
amebaamoebaSejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas