Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sain.ti.fik] | ساءينتيفيک

Definisi : bkn sesuatu yg dilakukan menurut kaedah atau prinsip sains; kesaintifikan keadaan saintifik: ~ sejarah hanyalah dlm aspek penyelidikan dan pengamatan bukti sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sain.ti.fik] | ساءينتيفيک

Definisi : mengikut kaedah sains; teratur atau bersistem spt ilmu sains. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saintifik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scientific testimonialpembuktian saintifikKomunikasiKorporatKaedah pengiklanan yang memaparkan ciri saintifik kandungan barangan yang diiklankan. Melalui kaedah ini, perincian mengenai unsur pembuatan dan kandungan barangan dipaparkan. Cara pemaparannya adalah pelbagai, seperti menggunakan pendekatan tiga dimensi (3D), menyenaraikan bahan yang digunakan, dan menonjolkan aspek saintifik sesuatu kandungan barangan yang diiklankan. Proses pemaparannya kadangkala menggunakan jurucakap yang terdiri daripada pakar dalam sesuatu bidang yang berkaitan dengan barangan. Contohnya, seorang doktor veterinar menyebut tentang khasiat sesuatu jenis vitamin yang terdapat dalam barangan makanan binatang yang diiklankan. Tujuan pengguna kaedah ini adalah untuk meyakinkan khalayak yang berpendidikan tinggi kerana dalam banyak keadaan, pendekatan secara emosi atau format endorsan tidak cukup berkesan untuk meyakinkan mereka.
Frye standardpiawai FryeSains ForensikTiadaUjian untuk menentukan kebolehakuan bukti saintifik. Pendapat pakar yang berasaskan teknik saintifik yang digunakan hanya boleh diterima di mahkamah sekiranya teknik saintifik tersebut telah diakui oleh komuniti ahli sains dalam bidang yang berkaitan.
scientific managementpengurusan saintifikPentadbiranPentadbiran Awam

Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab.

scientific managementpengurusan saintifikPentadbiranTiadaFalsafah pengurusan yang menekankan cara kerja yang saintifik dan bukan cara kerja yang lazim.
programmable scientific calculatormesin hitung saintifik boleh atur caraSosiologiTiadaAlat kira saintifik yang langkah kiraannya boleh diatur cara.
abstractorpenyariPerpustakaanTiadaKakitangan saintifik atau teknikal yang menyediakan sari daripada jurnal-jurnal saintifik, teknikal, atau sumber-sumber lain.
scientific managementpengurusan saintifikPendidikanTiadaPengurusan yang melibatkan hubungan pelajar dan kakitangan sesebuah institusi pendidikan dengan kerja mengikut kaedah saintifik.
speciesspesiesHerbaBotani dan BioteknologiGolongan organisma yang mempunyai sifat yang sama. Spesies berada pada kedudukan bawah genus dan terletak di kedudukan lebih atas daripada subspesies. Spesies merupakan perkataan kedua bagi nama saintifik organisma dalam penamaan saintifik. Spesies menunjukkan tumbuhan tersebut telah dikenal pasti dengan lengkap oleh ahli taksonomi. Contohnya �longifolia� bagi �Eurycoma longifolia� (tongkat ali). Perkataan ini ditulis dalam italik dan huruf pertama ialah huruf kecil. Terdapat nama spesies yang diberikan menggambarkan ciri tumbuhan tersebut. Contohnya, �longifolia� yang bermaksud daun panjang.
scientific methodkaedah saintifikPsikologiPsikologi UmumKaedah yang berasaskan kepada pengumpulan bukti, deskripsi dan ukuran yang tepat, definisi yang jelas, pengamatan terkawal dan keputusan yang boleh diulang bukti. Terdapat enam tahap yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan kajian saintifik, iaitu membuat pemerhatian, mendefinisikan masalah, mencadangkan hipotesis, mengumpul bukti atau menguji hipotesis, menerbitkan keputusan dan mengesahkan teori.
Scientific Working Group on DNA Analysis MethodsKumpulan Kerja Saintifik bagi Kaedah Analisis DNASains ForensikTiadaKumpulan yang terdiri daripada ahli-ahli sains forensik DNA Amerika Syarikat dan Kanada yang menjalankan kerja-kerja saintifik dalam kaedah menganalisis DNA. Sebelum ini, kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan kerja Teknikal bagi Kaedah Analisis DNA (TWGDAM). Kumpulan kerja ini mengeluarkan garis panduan dan hasil penyelidikan yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi menjalankan pengujian forensik DNA. Singkatan SWGDAM.
12345678910...

Kembali ke atas