Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
frasa sebaik sahaja atau sebaik saja atau sebaik-baik sahaja atau sebaik-baik saja. yang mana lebih tepat? bolehke frasa sebaik saja digunakan sebagai penanda wacana atau sebaik-baik saja lebih tepat?Frasa yang paling tepat ialah sebaik-baik sahaja.Tatabahasa20.10.2010
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak?Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya.Ejaan26.06.2012
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Saya baru saja berpindah kedai dari alamat No.13, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor ke kedai yang baru di alamat No. 8, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. Kelulusan papan iklan kedai lama seperti di lampiran dan no. rujukan pengesahan ialah DBP/KPB/201306/02427 tarikh 09/06/2013. Saya juga telah memindahkan papan iklan yang sama ke kedai yang baru tanpa ada apa-apa perubahan pada papan iklan tersebut. Saya masih mengekalkan syarikat yang sama dan nama kedai yang sama bagi kedai saya yang baru. Perlukah saya memohon semula kepada DBP untuk kelulusan yang baru kerana saya akan memohon lesen perniagaan dari MBSA bagi kedai di alamat yang baru. Saya tidak lagi menjalankan perniagaan bagi White House Fashion di kedai yang lama. Sekian, terima kasih.

Masalah ini perlu dikemukakan kepada MBSA kerana DBP hanya mengesahkan bahasa Melayu sahaja dan perkara ini adalah di luar bidang kuasa DBP.

Lain-lain18.12.2013
Penggunaan sahaja atau saja dalam sesuatu ayat.Kata saja lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan, manakala dalam situasi rasmi termasuk penulisan, kata sahaja digunakan.

Tatabahasa27.04.2012
Apakah perbezaan saja dan sahaja ?Kedua-dua membawa maksud yang sama. Bagaimanapun, untuk yang rasmi hendaklah menggunakan perkataan sahaja. Saja hanya untuk bahasa percakapan. Untuk merujuk sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. Harap maklum.Makna18.07.2008
cara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu saja lagi pembaharuan laincara untuk mendapatkan dua pas ke majlis/acara dalam 2 minggu sajaTatabahasa17.07.2008
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? (1) "Tengok tu, asal nampak saja auntie mulalah dia masuk dan memerap di bilik." (2) "Tengok tu, asal nampak auntie saja mulalah dia masuk dan memerap di bilik."Ayat kedua lebih baik daripada ayat pertama.Tatabahasa25.06.2012
Assalammualaikum dan selamat pagi, 1 ) tatabahasa yang manakah yang tepat antara 'aku siapa-siapa' dan 'aku siapa-siapa saja' untuk mengindikasikan maksud 'I am anybody' ? which is more grammatically correct, aku siapa-siapa or aku siapa-siapa saja to indicate 'I am anybody' ? 1) apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat untuk 'I am anybody' what is the correct malay translation for 'I am anybody'? terima kasih atas bantuannyaWaalaikumussalam. Terjemahan yang dicadangkan bagi I am anybody ialah aku ini sesiapa saja.Penyemakan dan penterjemahan08.02.2017
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih.Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah:
1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan]
2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih].
Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa10.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas