Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja] | ساج

Definisi : bp sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja] | ساج

Definisi : 1 (biasanya utk menguatkan kata hanya, melainkan, cuma dsb) tiada yg lain; satu-satunya: Hanya tuanlah ~ yg dpt menolong saya. 2 selalu demikian (ttg keadaan, hal dll); masih begitu juga: Sudah tiga hari dia asyik termenung ~. 3 usahkan (jangankan) … malah; pun: Usahkan menegur, melihat ~ dia tidak sudi. 4 sesiapa … pun; sebarang: Sesiapa ~ dpt melakukannya. Ke mana ~ dia pergi, isterinya tentu ada bersama. 5 (dilakukan dll) dgn mudah, dgn sesuka hati dsb: Beras yg sekarung itu dijinjingnya ~. Diberikannya ~ wang itu kpd adiknya. 6 (utk menguatkan erti kata sebelumnya) sangat; sekali: Perkara itu mudah ~ diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saja

Puisi
 

Bukan saja saya menali,
     Saya menali benang melati;
Bukan saja adik menyanyi,
     Adik menyanyi menghibur hati.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Hinggap saja bagai langau.

Bermaksud :

Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).

 

Lihat selanjutnya...(160)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
runoff papermana saja (iklan)KomunikasiTiadaTiada
token forcepasukan syarat sajaSejarahTiadaTiada
claptrapomong kosongSejarahTiadaHasil penulisan atau apa saja usaha untuk menyakinkan atau mendapat perhatian, pengiktirafan atau sanjungan melalui usaha yang kotor atau kepura-puraan.
primary creeprayap primerKejuruteraanTiadaRayap logam yang terbentuk sebaik saja dikenakan beban malar.
initial creeprayap awalKejuruteraanTiadaRayap logam yang terbentuk sebaik saja dikenakan beban malar.
primary cementingpenyimenan primerKejuruteraanPetroleumOperasi penyimenan yang dilakukan sebaik saja kerja penurunan selongsong ke dalam telaga selesai. Dalam operasi ini buburan simen dipam turun melalui selongsong dan naik semula ke atas melalui ruang anulus di belakang selongsong. Selanjutnya simen tersebut dibiarkan mengeras sehingga selongsong terikat kepada formasi. Tujuan penyimenan primer ini antara lain termasuklah untuk membina lapisan pelindung di sekeliling selongsong untuk memisahkan zon-zon pengeluaran dari zon-zon yang lain, dan untuk mencegah bendalir yang tidak dikehendaki berpindah dari satu zon ke zon yang lain.
dowrymaharSejarahTiadaMas kahwin yang berupa harta, wang atau apa saja yang berharga sebagai lambang pemberian sama ada oleh lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada lelaki mengikut adat atau kepercayaan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat.
neonatal apneaapnea neonatPerubatanTiadaKegagalan bayi untuk memulakan pernafasan sebaik saja dilahirkan.
first line managerpengurus peringkat pertamaPentadbiranTiadaPenyelia yang bertanggungjawab terhadap buruh saja, dan tidak menyelia pengurus lain dalam sesebuah organisasi.
patrioticpatriotikSejarahTiadaSifat yang sangat cintakan tanah airnya dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan atau hak negara.
1234

Kembali ke atas