Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
saji (kata nama)
Bersinonim dengan hidangan, makanan, penganan, suguhan, habuan perut, pangan, solak, ayapan, persembahan, santapan, sarapan;,
Kata Terbitan : menyajikan, tersaji, sajian, penyajian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan / Puan, Penggunaan ayat / perkataan manakah yang betul? 1a) Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara. 1b) Tolakan udara ini dikenal sebagai tekanan udara. 2a) Pemboleh ubah- pemboleh ubah 2b) Pemboleh-pemboleh ubah 3a) Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan. 3b) Kita dapat menikmati pelbagai sajian. 4a) Ibu menghidangkan pelbagai juadah kepada tetamu. 4b) Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu. 5a) Di akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 5b) Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang... 6a) Di awal eksperimen, air akan mendidih. 6b) Pada awal eksperimen, air akan mendidih. 7a) Bahan toksik. 7b) Bahan yang toksik. 7c) Bahan yang bertoksik. 8a) Meramalkan kejadian taufan. 8b) Meramalkan taufan. 8c) Meramalkan ribut taufan. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Tolakan udara ini dikenali sebagai tekanan udara.

2. Pemboleh-pemboleh ubah

3. Kita dapat menikmati pelbagai sajian makanan

4.Ibu menghidangkan pelbagai juadah makanan kepada tetamu.

5. Pada akhir bab ini, anda akan mempelajari tentang...

6. Pada awal eksperimen, air akan mendidih.

7. Bahan toksik

8. Meramalkan taufan

Tatabahasa24.11.2011
Apakah padanan yang sesuai bagi "jelly crystals" dalam ayat di bawah ini. Melalui semakan ia dipadankan dengan "hablur jeli" tetapi ayat di bawah ini menggunakan padanan "lengkong sira". Table confection 139. (1) In these Regulations, “table confection” means any preparation including jelly crystals that is suitable and intended for use as a dessert or for ready conversion into a dessert and for which no other standard is prescribed in these Regulations. Konfeksi sajian 139. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “konfeksi sajian” ertinya apa-apa sediaan termasuk lengkong sira yang sesuai dan hendak digunakan sebagai pencuci mulut atau yang sedia ditukar menjadi pencuci mulut dan yang mengenainya tiada apa-apa standard lain ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.Kami mencadangkan padanan bagi istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:


jelly crystal - hablur jeli; hablur lengkong


"jelly" merujuk kepada jeli; lengkong. 
"crystal" merujuk kepada hablur, iaitu bahan pepejal yang mempunyai bentuk tertentu disebabkan molekulnya tersusun mengikut pola tertentu yang disebut kekisi.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain04.06.2021
Saya ingin bertanya tentang pemisahan kata mengikut sebutan kata: 1. acuan: a/cuan ATAU a/cu/an Adakah perkataan lain seperti tuan, luas, kemajuan juga dipisahkan mengikut teori yang sama? 2. sajian: sa/jian ATAU sa/ji/an Adakah perkataan lain seperti keberanian, tarian, pertanian juga dipisahkan mengikut teori yang sama? TQ.1. [a.cuan]
2. [sa.jian]

Perkataan lain disebut mengikut teori yang sama. Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP 2008 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa22.04.2013
penggunaan manakah yang betul,"Chef Adu menyediakan saian hidangan diraja mengikut tatacara/tatatertib yang betul"

Perkataan dan ayat yang betul ialah “Cef Adu menyediakan hidangan diraja mengikut tatacara yang betul” atau  “Cef Adu menyediakan sajian diraja mengikut tatacara yang betul”.1">

Tatabahasa03.08.2018

Kembali ke atas