Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ka.ri.da] | ساکاريدا

Definisi : (Bio) karbohidrat yg larut dlm air, berhablur, berasa manis, yg terdapat dlm tisu hidup, mis glukosa dan sukrosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ka.ri.da] | ساکاريدا

Definisi : ist karbohidrat (mis glukosa dan sukrosa) yg larut dlm air, berhablur, berasa manis dan terdapat dlm tisu hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sakarida


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 

Kembali ke atas