Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.kat] | ساکت

Definisi : sj tumbuhan (pokok menumpang), bendalu, pasilan; ~ bunga sj tumbuhan (pokok menumpang), Agrostophyllum glumaceum; ~ batu sj tum-buhan (paku pakis), Cyclophorus adnascens; ~ hitam sj tumbuhan (paku pakis), paku wangi; ~ sarang langsuir sj tumbuhan (paku pakis), Cyclophorus spp.; ~ tanduk rusa sj tumbuhan (paku pakis), Platycerium spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kat] | ساکت

Definisi : ; menyakat mengusik (supaya jadi takut, menangis, dll), mengganggu: dulu suka juga saya ~ adik saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kat] | ساکت

Definisi : ; menyakatkan meletakkan di tanah (perahu dll), mendamparkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kat] | ساکت

Definisi : jenis tumbuh-tumbuhan yg hi­dup pd pokok-pokok lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.kat] | ساکت

Definisi : ; menyakat mengusik supaya menjadi takut, menangis dll: Jangan suka ~ adik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakat
Kata Terbitan : menyakat,

Peribahasa

Kayu yang besar jugalah yang bersakat.

Bermaksud :

Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya. sakat = bendalu, pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' Jawapan daripada pihak tuan seperti berikut; Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. Namun saya sudah buat semakan semula, sila lihat muka surat 139, subtajuk Penggandaan berentak. Saya lampirkan bersama-sama muka surat dan buktiJawapan telah kami berikan semalam tentang kata ganda berentak kayu-kayan dan sedu-sedan. Kami perlu merujuk pihak yang berkenaan tentang lampiran yang tuan sertakan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa06.07.2021
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd'Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan.Tatabahasa05.07.2021

Kembali ke atas