Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ké] | ساکي

Definisi : (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sake (kata nama,)
Bahasa Asal :Jepun
Bersinonim dengan minuman keras, sajang, arak, wain, wiski, bir, todi, tuak, samsu, nira, air tapai, cuka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
For the sake of simplicity, this service manual does not contain all detailed ... Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk frasa 'For the sake of simplicity'? Demi memudahkan? Secara mudah? Ringkasnya? Demi untuk kemudahan? Sebagai pemudah cara? Sekian. Terima kasih.Terjemahan yang dicadangkan ialah:  Untuk memudahkan pengguna, ...Penyemakan dan penterjemahan25.01.2017
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019
Salam tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada pihak DBP tentang singkatan yang betul bagi gelaran "Yang Dihormati" dalam surat rasmi. Untuk makluman pihak tuan/puan, amalan dalam PDRM, "Yang Dihormati" digunakan bagi mengelar pegawai-pegawai kanan polis. Namun, singkatan yang digunakan dalam surat rasmi selalunya ditulis sebagai "YDH". Saya telah semak Kamus Dewan dan tiada rujukan spesifik bagi singkatan "Yang Dihormati". Ada pihak berpendapat bahawa singkatannya sepatutnya ditulis sebagai "YDh.", tetapi ia kelihatan pelik. Justeru, mohon pengesahan DBP supaya maklumat yang betul bolehlah disalurkan kepada pucuk pimpinan PDRM. Terima kasih. Yang benar, ASP Lee Swee Sake

Salam Sejahtera Tuan. Kami mencadangkan singkatan bagi “Yang Dihormati” ialah “YDh.” Singkatan ini mengambil contoh pembentukan singkatan bagi “Yang Berbahagia”, iaitu “YBhg.” dan contoh pembentukan singkatan “Yang Amat Berbahagia”, iaitu “YABhg.”

Ejaan13.03.2014

Kembali ke atas