Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1. menderita sesuatu (spt demam, pening, dll) yg menyebabkan seluruh tubuh atau se-suatu bahagiannya tidak segar, (berada dlm keadaan) tidak sihat, uzur: tekaknya ~; adikku ~; 2. ki menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dll), sedih: kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti; ~ akal gila; ~ angau rindu akan kekasih (bkn orang dlm percintaan); ~ angin pasang-pasang sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak; ~ angin se-lenyap sj sakit angin pasang-pasang yg menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak; ~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yg berpunca drpd perhubungan seks (perhu-bungan kelamin) secara liar, sifilis; ~ asabat sakit pd urat saraf; ~ baka beguk; ~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yg teruk; ~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; ~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dll); ~ jantung apa sahaja penyakit yg ada kaitan dgn jantung; ~ jiwa a) sakit mental; b) bp tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yg menekan jiwa; ~ kepala pening kepala; ~ kuning sakit yg menyebabkan tubuh menjadi kuning; ~ mental tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; ~ menimpa sesal terlambat prb perbuatan yg terlanjur dan tidak dapat diubah lagi; ~ perut, baharu tahu di liang lantai prb sesudah men-dapat kesusahan baru teringat akan yg perlu; ~ sama mengaduh, luka sama menyiuk prb sama-sama bertanggungjawab; apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian prb biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya; lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat prb jawab yg bersalahan dgn soalan (lain yg diminta, lain yg diberikan); tiada ~ makan ubat prb menyusahkan diri sendiri; bersakit, bersakit-sakit 1. berusaha benar-benar (utk memperoleh sesuatu), bersusah payah: tidak akan dapat mencapai sesuatu dgn tidak ~; 2. selalu sakit: sudah beberapa lama dia ~ sahaja; 3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dll): bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian; menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dll): segala maki hamun tidak ~ pada-nya; menyakiti 1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dll): janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain; aku tidak sanggup ~ hatimu; 2. ark sakit ketika melahirkan anak: ketika itu bininya sedang ~; menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; kesakitan 1. perihal sakit, menderita sakit (susah dll): raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat; 2. sengsara, kesusahan hidup; penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit: anak yg berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik; penyakit 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit; pesakitan Id 1. orang yg didakwa (dlm mahkamah): polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya; 2. orang tahanan; pesakit orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.kit] | ساکيت

Definisi : 1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mende­ngar kata-kata yg tidak digemari. ber­­s­akit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Sakit barah sakitnya bisul,
     Sakit mari menghujung jari;
Kami bertanya kepada usul,
     Untuk siapa cincin di jari?


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Sakit sama mengaduh,
     luka sama menyiuk.

Bermaksud :

Sama-sama ikut bertanggungjawab.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
growing painsn 1. sakit-sakit sendi (krn hendak membesar); 2. (fig.) masalah peringkat permulaan: the car industry is still suffering from its ~, industri kereta masih lagi menghadapi masalah peringkat permulaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
achen 1. physical pain, kesakitan, rasa sakit; have ~s and pains, berasa sakit-sakit; 2. distress, kepedihan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sickenvi (old-fashioned) fall ill, /jatuh, menjadi/ sakit; (of adult, esp if old) jatuh sakit, menjadi /sakit, uzur/; (of animal) menjadi sakit: soon after his arrival the immigrant ~ed and died, tdk berapa lama selepas dia sampai, pendatang itu jatuh sakit lalu mati;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sickadj1. ill, sakit, uzur; (of baby, child) sakit; (of animal, plant) sakit: the ~ man was taken to hospital in an ambulance, orang sakit itu dibawa ke hospital dgn ambulans; he was too ~ to be moved, dia terlalu sakit utk dialih; the vet was called to attend to a ~ cow, doktor haiwan dipanggil utk merawat lembu yg sakit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sick the ~, orang yg sakit, pesakit: to feed the hungry and the ~, memberi makan kpd orang yg lapar dan yg sakit; fall ~, jatuh sakit; be off ~, cuti sakit: Rusli’s off ~ today – he’s got diarrhoea, Rusli cuti sakit hari ini – dia kena cirit-birit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illadj 1. sick, unwell, sakit, tdk sihat: you look ~, kamu kelihatan tdk sihat; /fall, be taken/ ~, jatuh sakit; feel ~, sakit, tdk sihat; be ~ with, a. (fever etc) demam: he is ~ with pneumonia, dia demam pneumonia; b. (anxiety, worry, etc) dilanda; 2. unsound, sakit: to be mentally ~, sakit otak; 3. harmful, buruk: ~ effects, kesan buruk; 4. bad, unfavourable, disastrous, tdk baik, buruk; (of fortune, luck) malang, buruk: ~ omen, petanda buruk; ~ luck, nasib malang; 5. that ascribes evil to st referred to, jahat: a man of ~ repute, lelaki yg terkenal jahat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sick be on the ~ list, sakit; report ~, melaporkan bahawa [sso] sakit: a number of his men reported ~, beberapa orangnya melaporkan bahawa mereka sakit; take ~, (old-fashioned) jatuh sakit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
painn 1. physical suffering, kesakitan, (berasa) sakit: she was in great ~, dia dlm kesakitan; I feel some ~ in the chest, dada saya berasa sakit; the ~ is lessening, sakit itu semakin kurang; /give, cause/~, menyakitkan: the wound gives me a lot of ~, luka itu menyebabkan saya berasa sangat sakit; 2. particular kind of bodily suffering, sakit: stomach ~s, sakit perut; have a ~ in o’s back, sakit di belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well1adj 1. healthy, sihat, dlm keadaan sihat: he recovered quickly and is now ~ and strong, dia sembuh dgn cepatnya dan sekarang dia sihat dan kuat; fit and ~, (dlm keadaan) sihat walafiat: I hope you and your family are keeping fit and ~, mudah-mudahan kamu sekeluarga (berada dlm keadaan) sihat walafiat; get ~, sembuh: send him a telegram saying “Get ~ soon”, kirimi dia telegram dgn pesan “Cepat-cepatlah sembuh”; not ~, a. ill, sakit: clearly the child is not ~ and should be sent home, ternyata kanak-kanak ini sakit dan sepatutnya dihantar pulang; b. sickly, sakit(-sakit), (ber)penyakitan: our boss hasn’t been ~ for some time now, bos kami sudah beberapa lama sakit-sakit sahaja; not very ~, tdk sedap badan, kurang sihat; 2. (usu withallas subj) satisfactory, baik: is all ~ at school?, adakah semua (berjalan dgn) baik di sekolah?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soreadj 1. painful, tender, sakit: his finger was swollen and ~, jarinya bengkak dan sakit; he was ~ all over from the unaccustomed exercise, seluruh badannya sakit krn dia tdk biasa melakukan senaman itu; 2. (US ), (colloq) hurt and angry, sakit hati: I’m ~ about the way they treated me, saya sakit hati dgn cara mereka memperlakukan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas