Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
1.Benarkah dia yang sakit? 2.Adakah dia yang sakit? Ayat tanya yg mana betul utk pernyataan di bawah atau kedua2 boleh digunakan.. YA.DIA YANG SAKIT.Ayat tanya yang betul ialah Diakah yang sakit?Tatabahasa24.01.2017
1. Adik jatuh sakit ,kerana keracunan makanan. / Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan. 2. Abang menonton televisyen ,sambil meminum air. / Abang menonton televisyen sambil meminum air. 3. Siti mengetuk pintu ,lalu memasuki kelas. / Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas.Ayat/tanda baca yang betul; 1. Adik jatuh sakit kerana keracunan makanan.  2. Abang menonton televisyen sambil meminum air.  3. Siti mengetuk pintu lalu memasuki kelas. Tatabahasa15.03.2010
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih.1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan.
2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 
3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital.
4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya.
5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 
6. Saya berenang di dalam air.
Tatabahasa02.10.2012
Ramai wartawan atau pengguna bahasa Melayu sudah terbiasa dengan penggunaan perkataan TERLANTAR yang acap digunakan untuk merujuk kepada orang yang sakit. Contoh ayat : 1. Datin Orkid Abdullah kini TERLANTAR sakit ketumbuhan. 2. Ibu Halimah TERLANTAR sakit di hospital. Jika dilihat dari konteks makna, maksud perkataan TERLANTAR ialah terbiar tanpa penjagaan dalam tempoh yang lama.

Antara maksud terlantar termasuklah dalam keadaan yang tidak dijaga atau dipelihara, tetapi saudara juga perlu merujuk makna terlantar yang pertama, iaitu terletak atau terbaring (di). Berdasrkan makna yang tersebut penggunaan kata terlantar adalah betul tetapi ayat itu perlu diperbetulkan menjadi "Datin Orkid Abdullah kini terlantar di rumahnya kerana sakit ketumbuhan".

Tatabahasa02.05.2011
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
Bagi pernyataan berikut, manakah yang lebih tepat digunakan? semasa atau pada? 1. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam. 2. Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan semasa waktu malam. terima kasih.
Pengunaan yang betul ialah Saya tidak berasa sakit pada tangan atau pergelangan tangan pada waktu malam.
Tatabahasa14.06.2021
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita.1.Sudah bertahun atau sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi. 2.Mohon perbetulkan kesalahan ayat di bawah. ---Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis. ---Di hari raya ini ,saling mengunjungilah sesama kita.
Jawapan:
1. Sudah bertahun-tahun Aina menghidapi sakit darah tinggi.
2. Kedua-dua orang penjahat itu diberkas polis.
3. Pada hari raya ini, saling mengunjungilah sesama kita.
Tatabahasa28.08.2014
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5.1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit".
2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit.
3. Kakak memiliki dua buah kereta.
4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394.
Tatabahasa15.04.2014
12345678

Kembali ke atas