Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gila; ~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Secretary Central Mental HospitalSetiausaha Rumah Sakit Otak PusatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sensory gatingpengegetan deriaPsikologiPsikologi UmumProses yang menyekat impuls tertentu dan mengizinkan impuls yang lain memasuki otak. Contohnya, dalam pengegetan deria sakit dalam batang spinal, Melzack dan Wall (1996) mendapati satu deria sakit akan menghapuskan atau menghalang deria sakit yang lain daripada memasuki atau dipanjangkan ke otak. Menurut teori kawalan pengegetan, mesej sakit daripada pelbagai gentian saraf akan melalui �get� saraf yang sama dalam batang spinal. Jika �get� ini ditutup oleh satu mesej sakit, mesej lain tidak akan dapat melepasinya. Contohnya, dalam kaedah lawan keradangan seperti yang dilakukan dalam rawatan akupunktur, badan yang ditusuk dengan jarum halus, sama ada dipanaskan atau dialirkan arus elektrik menyebabkan kesakitan kecil yang timbul akan menyekat kesakitan yang lebih teruk dengan cara menutup pintu saraf.
encephalitisensefalitisPendidikanTiadaSatu bengkakkan pada otak atau tisu lapisan luar otak yang disebabkan oleh beberapa virus. Sesetengahnya boleh mengakibatkan perubahan saraf yang berterusan selepas bengkakkan itu berhenti. Simptomnya seperti cepat penat, koma, sakit kepala dan lumpuh.
hypertensive crisiskrisis hipertensiPerubatanTiadaKeadaan apabila tekanan darah seseorang menjadi terlampau tinggi, iaitu tekanan diastolik melebihi 120 mmHg. Pesakit boleh mengalami gejala seperti sakit kepala, muntah, sakit dada, sawan dan gangguan penglihatan. Apabila keadaan ini terjadi, pesakit perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi menurunkan tekanan darah. Tanpa rawatan, keadaan ini akan mengakibatkan gangguan yang serius pada organ lain seperti jantung, otak, ginjal dan mata.
metoponmetoponPerubatanTiada1. Bahagian anterior lobus frontal otak.,2. Terbitan morfin yang digunakan untuk melegakan sakit.
punishment centrepusat deraBiologiFisiologiKawasan di dalam otak seperti jirim kelabu di sekeliling akueduktus silvius dan struktur periventrikel talamus dan hipotalamus, yang apabila dirangsangkan akan menyebabkan rasa sakit dan kekhuatiran.
postconcussional syndromesindrom pascakonkusiPerubatanPsikiatriGejala akut yang berlaku selepas mengalami kecederaan pada otak dan boleh berterusan selama beberapa minggu atau bulan, seperti sakit kepala, kurang tumpuan, dan perubahan emosi dan tingkah laku.
diethylene glycol poisoningkeracunan dietilena glikolKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada dietilena glikol atau ester dan eternya yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan buah pinggang. Dos parah bahan ini ialah 15 g - 100 g. Tanda utama keracunan akut memberikan gejala awal yang sama dengan intoksikasi alkohol. Gejala ini cepat diikuti dengan muntah, sianosis, sakit kepala, takipnea, takikardia, tekanan darah rendah, edema pulmonari, kenyerian otot, stupor, anuria, prostrasi, dan pengsan dengan konvulsi. Hipoglisemia mungkin terjadi. Kematian juga mungkin terjadi selepas beberapa jam ekoran kegagalan pernafasan atau dalam masa 24 jam pertama ekoran edema pllimonari. Pesakit yang koma atau konvulsi berpanjangan mungkin mengalami kerosakan otak yang tak berbalik. Dalam penemuan makmal, air kencing mungkin mengandungi hablur kalsium oksalat, albumin, sel darah merah, dan bahan buangan. pH atau aras glukosa darah mungkin rendah. Penemuan patologi termasuklah kesesakan dan edema otak, nekrosis berdarah setempat pada korteks renal, dan degenerasi hidropik hati dan buah pinggang.
aminopyrine poisoningkeracunan aminopirinaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau pemasukan melalui rektum aminopirina. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, tinitus, kesukaran mendengar, dan koma berserta kekejangan dan nadi lemah. Keracunan kronik mengakibatkan agranulositosis. Gejalanya ialah demam, sakit tekak, ulser pada membran mukus dan tersangat lesu. Penemuan patologi dalam kes maut akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati dan otak. Lihat juga aminopirina.
antipyrine poisoningkeracunan antipirinaKimiaForensikKeracunan akibat penggunaan antipirina (nama dagang, Phenazone; formula kimia, C11H12N2O), iaitu ubat yang digunakan sebagai analgesik dan antipiretik untuk merawat penyakit reumatik dan sakit lain. Dos oral ialah 0.3 g, manakala dos parah akut ialah 5 g - 30 g, tetapi kematian akibat keracunan akut jarang berlaku. Tanda utama keracunan ialah gangguan mental dan leukopenia. Keracunan akut akibat pengingesan atau pemasukan rektal menyebabkan pening, gangguan mental, sianosis, loya dan muntah, sakit epigastrik, koma dan konvulsi dengan nadi perlahan, tinitus dan kesukaran pendengaran. Keracunan kronik mungkin menyebabkan dermatitis eksfoliatif. Penemuan patologi akibat keracunan akut termasuk kemerosotan buah pinggang, hati, dan otak. Darah mungkin berwarna coklat disebabkan pembentukan methemoglobin.
12

Kembali ke atas