Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendi
Kata Terbitan : persendian, bersendi, menyendi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayah di bawah betul? 1. Mereka yang dingin sifat badannya sering mengalami sakit sendi. 2. Wanita yang dingin sifat badannya boleh meminum air soya. 3. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, adakah benar bahawa tidak boleh guna "nya" lagi (badannya). Terima kasih Terima kasih.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Ayat yang diberikan adalah betul.
Tatabahasa12.01.2018
Ayat :Pelajar itu membawa surat pengesahan sakit daripada Hospital Sultanah Bahiyah. Soalan : penggunaan kata sendi daripada dalam ayat tersebut betul atau salah. Jika betul, kenapa tidak dari kerana hospital merupakan tempat?Ayat yang betul ialah pelajar itu membawa surat pengesahan sakit dari Hospital Sultanah Bahiyah.Tatabahasa13.04.2010
Adakah ayat di bawah betul?penggunaan "daripada makan" betul? Pak Pandir sakit selepas pulang daripada makan di sebuah warung.Ayat yang betul ialah "Pak Pandir sakit selepas makan di sebuah warung". "Daripada" ialah kata sendi nama yang diikuti oleh kata nama yang merujuk sumber.Tatabahasa24.06.2022
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih.1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan.
2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 
3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital.
4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya.
5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 
6. Saya berenang di dalam air.
Tatabahasa02.10.2012
Sebelum frasa "salah satu/seorang/sebuah/penjodoh bilangan lain2", kata pemeri yang manakah betul digunakan? Ialah atau adalah? Contoh ayat : Beliau (ialah/adalah) salah seorang doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh. Mohon diberikan keterangan mengenai ayat di atas.Kata "ialah" dan "adalah" tergolong dalam kata pemeri. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala "adalah" menunjukkan huraian dan digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Contoh penggunaan kata pemeri "ialah" dan "adalah" seperti yang berikut: 1.  Beliau adalah salah seorang doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh.  2. Beliau ialah doktor pakar sakit puan di Hospital Bainun, Ipoh.
Tatabahasa02.06.2021
Salam sejahtera. Mengapakah kita gunakan kata sendi nama "daripada" dalam frasa "pulang daripada bercuti"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud daripada ialah:
1.Kata sendi nama untuk menerangkan asal (sumber, bahan dan lain-lain) sesuatu benda
2 Kata sendi nama untuk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih
3 Kata sendi nama yang menyatakan maksud mencegah
4 Kata sendi nama yang menunjukkan orang yg memberi
5 Kata sendi nama yang menunjukkan perubahan
6 Kata sendi nama yang menghubungkan sebahagian dengan keseluruhan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud bercuti ialah:
1. tidak bekerja kerana hari cuti (am dan lain-lain), berlibur;
2. tidak bekerja beberapa hari atau lama (kerana sakit, hendak berehat, dan lain-lain)

Maka ayat yang betul ialah pulang daripada bercuti

Penggunaan dari yang betul hanyalah untuk menyatakan arah, tempat dan masa sahaja.
Tatabahasa03.07.2019
Apa persamaan antara kata adjektif dengan kata adverva?Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat sakit dan indah sekali. Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba boleh hadir di hadapan atau belakang frasa. Contohnya Kami selalu memperkatakan hal itu dan Olahragawan itu sihat sentiasa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 225 dan 289.Tatabahasa01.11.2012
(1) Bolehkah kata pemeri 'ialah' menerima unsur komplemen, seperti ayat ini: Maksud jadual di atas ialah bahawa frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu....... (2) Jikalau boleh, kenapa? (3) Adakah kata pemeri 'adalah' lebih sesuai digunakan?

Kata pemeri “ialah” dan “adalah” tidak boleh menerima kata hubung pancangan komplemen. Hal ini disebabkan, kata hubung pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua kata komplemen yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk”.

 

Contoh dalam ayat:

(a) Dia menerangkan sesuatu. (Ayat induk)

(b) Murid itu sakit. (Ayat komplemen)

Ayat (b) dipancang ke dalam ayat (a) untuk melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan ayat tersebut disebut hubungan komplemen dan ayat tersebut menjadi "Dia menerangkan bahawa murid itu sakit".

 

Manakala, kata pemeri “ialah” bertujuan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama seperti “Guru besar SK Wangsa Melawati ialah Puan Noraini binti Ahmad”. Kata pemeri “adalah” pula menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti “Kedudukan seseorang menteri dalam masyarakat adalah tinggi” dan “Majlis Sekalung Budi diadakan adalah untuk meraikan pengetua yang bakal bersara”.
Tatabahasa18.06.2020
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas