Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa/.ti] | سقتي

Definisi : kesaktian (Kamus DBP versi dalam Talian)

[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1. = kesaktian kuasa yg di luar kemam-puan manusia dll biasa (kebal dll): masing-masing pun mencita ~nya pula lalu menjadi naga; 2. menaruh hikmat, mempunyai kuasa ghaib, bertuah, keramat: keris yg ~; menyaktikan 1. menjadikan sakti; 2. melaku-kan sesuatu dgn sakti; kesaktian, kesakti ark sakti: mereka mem-punyai sifat-sifat ~ yg tidak dapat ditandingi lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa/.ti] | سقتي

Definisi : 1 = kesaktian kuasa atau ke­bolehan yg luar biasa: Kerana ~nya, dia tidak lut oleh sebarang senjata. 2 menaruh atau mempunyai kuasa yg luar biasa; mempunyai hikmat: keris ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakti (adjektif)
Bersinonim dengan keramat, bertuah, mujarab, manjur, berkuasa, berpuaka, ampuh;,
Kata Terbitan : kesaktian,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Teluknya dalam,
     rantaunya sakti.

Bermaksud :

Tidak mudah dialahkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teluknya dalam, rantaunya sakti.Tidak mudah dialahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat yang kawi, syarak yang lazim.Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas