Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ku] | ساکو

Definisi : kocek (pd baju, seluar, dll), kantung; anak ~ kocek kecil; kamus ~ kamus yg dapat dimasukkan ke dlm saku; menyakukan memasukkan ke dlm kocek (saku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ku] | ساکو

Definisi : Id ark; menyakukan mengasingkan; tersaku terasing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ku] | ساکو

Definisi : bahagian pakaian tempat mengisi sesuatu; kocek: Dia menaruh wang di dlm ~ bajunya. menyakukan mema­sukkan sesuatu ke dlm saku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saku (kata nama)
Bersinonim dengan kocek, poket, kantung, pundi;,
Kata Terbitan : menyakukan,

Puisi
 

Anak siapa duduk di bangku,
     Beli limau taruh di saku;
Singa mengaum di celah batu,
     Takut rimau sorokkan kuku.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Muda diajun,
     kikir diperbuat.

Bermaksud :

Mahu bersukaria, tidak mahu merugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dunia diadang, saku-saku dijahit).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Rathke’s pouchsaku RathkeBiologiHistologi dan SitologiDivertikulum pada ektoderma buka yang merupakan pangkal kelenjar pituitari haiwan vertebrat. saku kraniobuka; saku neurobuka.
disk pocketsaku cakeraKomputerTiadaSaku kertas atau plastik pada buku atau bekas khas yang digunakan sebagai tempat menyimpan cakera liut apabila cakera tidak digunakan.
pocketpoket/kocek/sakuPentadbiran PerniagaanTiadaSaku atau kantung yang dijahit pada pakaian untuk mengisi duit atau barang-barang kecil.
craniobuccal pouchsaku kraniobukaBiologiHistologi dan Sitologilih. saku Rathke
neurobuccal pouchsaku neurobukaBiologiHistologi dan Sitologilih. saku Rathke
pocket calculatormesin hitung sakuSosiologiTiadaMesin hitung kecil yang mudah alih dan boleh dimasukkan ke dalam saku.
bursa copulatrixbursa kopulatriksBiologiEntomologiSaku yang terbentuk daripada lipatan dinding badan di sekeliling bukaan genital serangga betina. Saku ini diubahsuai untuk menerima aedeagus serangga jantan dan spermatofornya.
diverticulumdivertikulumBiologiEntomologiTiub atau saku yang tersorok di hujungdistal dan bercabang dari saur atau rongga, misalnya tiub atau saku berupa tembolok pada sesetengah serangga.
bark pocketsaku kulitPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKulit yang terbenam keseluruhan atau sebahagiannya di dalam di dalam kayu, atau yang wujud bersama buku kayu disebabkan proses pertumbuhan pokok. Saku kulit boleh mengandungi damar atau gam.
ore pocketsaku bijihGeologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas