Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lad] | سالد

Definisi : 1. sj tumbuhan (herba yg dibuat sayur), Lactuca sativa; 2. sj makanan yg diperbuat drpd sayur-sayuran mentah (spt salad, timun, tomato, dsb), selada; 3. = ~ buah-buahan campuran buah-buahan yg dipotong-potong dan disejukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lad] | سالد

Definisi : 1 = daun ~ nama sj sayur yg boleh dimakan mentah, Lactuca sativa. 2 makanan yg dibuat drpd berbagai-bagai jenis sayur mentah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salad


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"?Salam sejahtera,


Puan,


Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.10.2019
Assalamualaikum. Merujuk kepada yang berikut: Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Adakah 'dan lain-lain' juga termasuk dalam kategori aposisi yang disebut di atas? Adakah tanda koma perlu diletakkan di hadapan 'dan lain-lain'? Sekian, terima kasih.Wassalam. "dan lain-lain" juga termasuk dalam fungsi tanda koma mengapit aposisi seperti "dan sebagainya", "dan yang lain", dan seumpamanya.Lain-lain18.11.2019
bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih.

 Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. 

 ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa11.08.2009
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024
Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca koma ( , ) sebelum perkataan 'dan'. Terkini, benarkah tanda koma tidak perlu digunakan dalam sebarang keadaan dalam ayat sebelum perkataan 'dan'? Rakan saya memaklumkan kepada saya bahawa sebelum ini ada situasi yang boleh menggunakan tanda koma sebelum 'dan', tetapi yang terkini tidak perlu lagi.

Penggunaan tanda koma (,) sebelum “dan” lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Tanda koma (,) sebelum “dan” biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori yang berbeza. Contoh 1: Emak ke kedai membeli ikan, beras, dan surat khabar. Contoh 2: Emak membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis.   Dalam ayat Contoh 2, penggunaan tanda koma tidak perlu digunakan sebelum kata "dan" kerana “sawi “dan “kubis” dalam kategori yang sama, iaitu kelompok sayur.

 

Menurut buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, tanda koma berfungsi untuk mengapit aposisi ”dan sebagainya”, “dan yang lain”, “dan seumpamanya”. Contoh 3: Sayur kubis, bayam, salad, kangkung, sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani.

Tatabahasa19.09.2018

Kembali ke atas