Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salad sayur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAYUR

Sayur adalah mana-mana satu daripada banyak

makanan berkhasiat yang diperoleh daripada daun,

akar, biji, batang, dan lain-lain bahagian tumbuhan

tertentu. Sayur dimakan mentah atau dimasak, dan

digunakan sebagai sebahagian daripada hidangan

utama, dalam salad dan sup dan sebagai snek. Selain

sayur dan herba yang ditanam dimakan

di negara kawasan tropika, terdapat lebih kurang 100

jenis sayur yang dimakan atau ditanam di merata

dunia.

UMUM 
SELADA

Selada ialah sayur yang popular yang digunakan

terutamanya untuk membuat salad. Biasanya selada

dimakan segar dan tidak dimasak. Selada adalah

sebahagian daripada banyak diet untuk mengawal

berat badan kerana ia mengandungi sedikit kalori

dan membekalkan kalsium, besi dan vitamin A.

Kebanyakan jenis selada mempunyai daun yang

besar berwarna hijau dan tumbuh rapat ke tanah

pada batang yang sangat pendek. Selada adalah

tanaman ladang yang penting di banyak kawasan di

dunia, dan pekebun rumah menanam beberapa

jenis selada. Perladangan selada mungkin bermula

di Parsi seawal tahun 550 S.M.

UMUM 
SADERI

Saderi ialah sayur yang popular yang berkaitan

dengan lobak merah dan parsli. Ia dimakan mentah

dalam salad atau dengan pencecah. Ia juga

digunakan dalam sup dan sebagai hiasan bagi

makanan lain.

UMUM 
PERKEBUNAN PASARAN

Perkebunan pasaran ialah penanaman sayur-

sayuran atau buah-buahan, atau kedua-duanya,

untuk dipasarkan. Kebun pasaran biasanya terdiri

daripada petak tanah yang besar, dengan kawasan

yang diuntukkan untuk sayur-sayuran yang berbeza.

Kebun pasaran membekalkan hasil yang segar

kepada orang ramai yang tinggal di bandar besar di

seluruh dunia. Pembaikan dalam pengangkutan dan

penggunaan penyejukan bagi mengekalkan

kesegaran sayur-sayuran dan buah-buahan, telah

mengurangkan pergantungan penduduk bandar

pada hasil tanaman tempatan. Banyak kebun pasaran

moden merupakan perniagaan besar, yang

membekalkan banyak kuantiti tanaman seperti salad

atau tomato.

UMUM 
TARRAGON

Tarragon ialah tumbuhan yang mengeluarkan

daun yang digunakan untuk perasa daging, sayur-sayuran,

sos, kuah salad, cuka, dan minyak masak.

Ia berasal dari selatan Eropah. Tarragon adalah

tumbuhan rimbun yang daunnya licin dan halus.

Tarragon tumbuh setinggi kira-kira 150 sentimeter

di kawasan yang panas dan kering.

Pengelasan saintifik. Tarragon tergolong dalam

famili Compositae (Asteraceae), adalah Artemisia

dracunculus .

UMUM 

Kembali ke atas