Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah III;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polioviruspoliovirusPerubatanTiadaSalah satu daripada tiga jenis virus daripada genus Enterovirus dalam famili picornaviridae. Virus ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis manifestasi penyakit pada manusia, yang merangkumi infeksi subklinikal meningitis aseptik dan poliomielitis. Secara imunologi virus dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu I, II dan III.
estimated ceilingsiling teranggarMeteorologiMeteorologi PerhubunganSiling yang ketinggiannya ditentukan dengan salah satu cara yang berikut: i. dengan menggunakan gambar rajah ketinggian awan olakan atau rumus takat embun. ii. berdasarkan ketinggian mercu tanda atau objek yang jaraknya melebihi satu setengah batu nautikal dari landasan lapangan terbang. iii. berdasarkan pengalaman dengan syarat langit tidak dikaburi oleh hidrometeor dan litometeor apabila panduan-panduan lain didapati tidak mencukupi atau tidak sesuai, dan iv. dengan menggunakan silometer atau lampu sorot apabila penembusan alur cahaya melebihi normal untuk ketinggian dan jenis lapisan tertentu, atau apabila sudut dongakan atau pengimbas-pengesan silometer melebihi 84 darjah.
varieties of cloudvarieti awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganSubbahagian genus dan spesies awan yang ditentukan dengan mengambil kira salah satu daripada dua ciri, iaitu kelutsinarannya dan penyusunan unsur makroskopiknya. Varieti sesuatu genus atau spesies awan tidak saling eksklusif kecuali bagi vatieti translusidus dan opakus. Varieti awan yang didapati ialah; i. duplikatus (du), ii. intortus (in), iii. lakunosus (la), iv. opakus (op), v. perlusidus (pe), vi. radiatus (ra), vii. translusidus (tr), viii. undulatus (un), dan ix. vertebratus (ve)
software documentationdokumentasi perisianTeknologi MaklumatPerisianDokumentasi kod sumber dan teks yang ditulis berserta perisian komputer. Dokumentasi ini menerangkan cara perisian tersebut digunakan. Dokumentasi merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kejuruteraan perisian. Beberapa jenis dokumentasi adalah seperti yang berikut: i) Dokumentasi reka bentuk atau seni bina yang merangkumi gambaran keseluruhan pembangunan perisian, hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian. ii) Dokumentasi teknikal, termasuklah kod dokumentasi, algoritma, antara muka dan antara muka atur cara aplikasi (API). iii) Dokumentasi pengguna akhir, termasuklah penyediaan manual untuk pengguna, pentadbir sistem dan staf sokongan. iv) Dokumentasi pemasaran, termasuklah cara untuk memasarkan produk dan analisis bagi permintaan pasaran.

Kembali ke atas