Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak menggunakan sesuatu (spt kuasa dll) sebagaimana yg sepatutnya; ~ kuasa menggunakan kuasa dgn cara yg bertentangan dgn undang-undang; menyalahgunakan menggunakan sesuatu tidak spt yg sepatutnya (dgn cara dll yg salah, tidak betul dll): kepercayaan yg diberikan kepadanya telah disalahgunakan; ~ kuasa; penyalahgunaan perihal (perbuatan dsb) menyalahgunakan (sesuatu): ~ dadah; ~ kuasa; ~ tenaga dan kepakaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (perbuatan, tindakan) tidak menggunakan sesuatu sebagai­mana yg sepatutnya: ~ kuasa. menya­lahgunakan menggunakan sesuatu dgn tidak sepatutnya: Orang yg ~ harta anak yatim akan mendapat azab di neraka. penyalahgunaan perbuatan menyalahgunakan sesuatu: Kelima-lima negara bersetuju utk bekerjasama bagi menghapuskan ~ dadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah guna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Menyalahgunakan, atau menyalah gunakan? Dan perkataan salah guna boleh ditulis "salahguna" atau tidak?Salam sejahtera, Ejaan yang betul ialah menyalahgunakan. Ejaan yang betul ialah salah guna (dieja jarak). Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.Tatabahasa21.06.2020
Mohon nasihat, jika di dalam Bahasa Inggeris, ejaan ialah Anti-Doping Malaysia. Di dalam Bahasa Melayu, adakah ejaan perlu dirapatkan menjadi Antidoping Malaysia? (sama seperti Antidadah dan Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan)Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu untuk perkataan Doping ialah Salah guna dadah (Sila rujuk Halaman Utama PRPM). Manakala untuk penggunaan perkataan Anti-Doping akan dimaklumkan kemudian.Lain-lain14.05.2019
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menyebut maksud getus ialah memetik (bunga, daun, dll) Menggetis, menggentis. Sedangkan kita biasa melihat ayat seperti "getus fikiranku lagi." Adakah maksud lain untuk getus selain maksud di atas, sebab kita biasa melihat penggunaan getus dalam ayat novel. Atau sebenarnya ia contoh salah guna perkataan. Terima kasih.

 Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP diterbitkan pada tahun 2005.  Merujuk korpus daripada pangkalan DBP yang dikumpukanl hingga tahun 2014, terdapat penggunaan yang kerap  perkataan "getus" yang berkaitan dengan hati seperti yang puan tanya. DBP memang telah memasukkan perkataan ini sebagai entri dalam kamus terkini yang sedang diusahakan. Contoh penggunaan:

Biar aku kejutkan mereka,

getus

hati kecil gadis lima belas tahun itu lagi.

Makna19.02.2014
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan.

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan.

Ejaan03.09.2010
assalamualaikum... saya ingin bertanya tentang pembentukan kata terbitan (awalan, akhiran, apitan dan sisipan) dan pembentukan kata terbitan di dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif?

Puan Rabiatul Adawiyah,

Terdapat empat jenis imbuhan iaitu imbuhan awalan.

Imbuhan awalan contohnya tapa - menjadi pertapaan, tawa - menjadi ketawa

Imbuhan akhiran pula contohnya laut - menjadi lautan,ikut - menjadi ikutan

Imbuhan apitan pula contohnya tidak adil - menjadi ketidakadilan, salah guna - menjadi penyalahgunaan

Imbuhan kata sisispan pula contohnya - tapak menjadi telapak,kupas menjadi kelupas dan tunjuk menjadi telunjuk.

untuk maklumat lebih lanjut sila lihat buku tatabahasa Dewan pada halaman107 - 132. Terima kasih

 

 

Tatabahasa17.03.2010
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera, Saya Muhammad Syamil bin Hillmy, Pegawai Undang-Undang yang berkhidmat di Unit Anti Doping, Kementerian Belia dan Sukan. Saya memerlukan khidmat nasihat berkenaan ejaan perkataan "Anti-Doping" dalam Bahasa Melayu. "Doping" ialah perkataan Bahasa Inggeris yang merujuk kepada penggunaan bahan atau kaedah larangan untuk meningkatkan prestasi sukan. "Anti-Doping" pula ialah inisiatif antarabangsa yang membanteras penggunaan bahan larangan seperti yang tersebut di atas. Sehingga hari ini, dokumen rasmi di Kementerian Belia dan Sukan dan di Malaysia masih menggunakan perkataan "doping" dan "Anti-Doping" atau "anti-doping" dan di "italic". Oleh itu, mohon nasihat pihak tuan/puan untuk ejaan perkataan ini yang lebih sesuai dalam Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, padanan bahasa Melayu untuk perkataan Doping ialah Salah guna dadah (Sila rujuk Halaman Utama PRPM). Manakala untuk penggunaan perkataan Anti-Doping akan dimaklumkan kemudian. Istilah17.05.2018
tuan, 1. adakah 'kami sekeluarga', 'kami semua' salah? Jika salah mengapa tidak tulis sebegitu? 2. bolehkah kita guna 'menengok televisyen'? terima kasih.

1. Ungkapan kami sekeluarga, kami semuabetul kerana kami ialah kata ganti nama diri pertama yang menunjukkan jamak.

2. Menengok televisyen tidak tepat yang betul ialah menonton televisyen, walau bagaimanapun menengok cerita Hang Tuah di televisyen, betul kerana menengok juga bermaksud melihat sesuatu pertunjukan atau menonton.

 

Tatabahasa21.04.2010
Salam. Yang manakah betul? ( Menyapu lantai / Menyapu sampah). Guru di sekolah kata menyapu lantai salah, mesti guna menyapu sampah. Adakah ini betul? Bolehkah tuan menjelaskan perbezaan antara kedua-dua ni?

Kedua-dua frasa boleh digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan dalam ayat, seperti "Emak menyapu lantai sehingga bersih" dan "Emak menyapu sampah di halaman rumah".

Tatabahasa11.08.2023
Adakah perkataan "Penghadzaman" betul? Mengapa kamus terkini cuma ada perkataan "penghadman". Adakah salah jika saya guna penghadzaman? Sekian terima kasih.Perkataan yang betul ialah penghadaman. Perkataan penghadzaman merupakan perkataan lama sebelum Sistem Ejaan Baharu diperkenalkan.Lain-lain20.07.2007
Bolehkah menggunakan perkataan 'tengah' bagi ayat ini dalam penulisan karya kreatif atau saya kena guna perkataan 'sedang'? Sebab kalau dalam perbualan harian, dah terbiasa guna perkataan 'tengah'. Contoh: "Mak Jah tengah sakit tenat tu."Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud perkataan tengah ialah sedang (melakukan sesuatu), dalam pada itu, pada waktu (ketika) itu. Oleh itu, perkataan tengah boleh digunakan dalam ayat di atas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=tengah
Makna15.03.2021
1234

Kembali ke atas