Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah salah laku dan tingkah laku itu simpulan bahasa (peribahasa)?Salah laku dan tingkah laku merupakan fasa biasa, bukannya dikategorikan sebagai simpulan bahasa atau peribahasa.Lain-lain27.03.2008
Antara " Salahlaku" dengan "salah laku", yang mana satu betul? Menurut data kami, ejaan yang betul ialah salah laku.Ejaan28.11.2017
SAYA INGIN BERTANYA PERKATAAN :- 1. TATATERTIB DAN SALAH LAKU; ATAU 2. TATATERTIB DAN SALAHLAKU; MANA SATU YANG BETUL? SEANDAINYA SALAH LAKU 2 PERKATAAN KENAPA IA DUA PERKATAAN DAN BEGITU JUGA SEBALIKNYA. TERIMA KASIH.Awalan tata merupakan bentuk terikat dan oleh yang demikian dieja bersambung dengan kata yang mengikutinya. Kata salah dan laku merupakan kata tunggal yang boleh berdiri sendiri dan apabila membentuk rangkai kata salah laku perkataan ini dieja sebagai dua perkataan.  Ejaan24.10.2008
boleh terangkan pada saya...apa yang dimaksudkan dengan "salahlaku" dan ' salahlaku berpakaina"? kalu boleh penerangannya sedikit....1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan tahun 2005, muka surat 1372, salah laku bermaksud tingkah laku tidak senonoh atau kurang sopan; 2. Salah laku berpakaian bermaksud berpakaian tidak senonoh atau tidak mengikut etika berpakaian yang ditetapkan.Makna07.09.2006
salam perpaduan ada 2 soalan 1. ejaan sebenar bagi guru besar, huruf besar atau huruf kecil untuk "g" dan "b" 1. mana lebih betul " mengenai " atau " tentang " contoh ayat..... Mereka berbincang tentang salah laku murid di sekolah../ Mereka berbincang mengenai salah laku murid di sekolah.

Saudara,

Perkataan guru besar dieja dengan huruf kecil apabila digunakan dalam konteks umum. Walau bagaimanapun, perkataan ini boleh dieja dengan huruf besar dalam konteks khusus apabila merujuk  kepada guru besar tertentu.

Dalam hal ini kedua-duanya diterima dan boleh digunakan.  

Tatabahasa10.08.2010
salahlaku - mana yang betul, jarakkan atau rapatkan?Salah laku (jarak)Ejaan18.04.2017
boleh gabung perkataan "kesalahan salahlaku"Perkataan yang betul ialah "perbuatan salah laku".Tatabahasa17.04.2017
Apakah objektif pengurusan Islam.Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri.Makna17.10.2006
Walaupun isu rasuah di dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah, dan institusi masjid tidak begitu ketara, namun tidak dinafikan bahawa institusi-institusi ini juga terdedah kepada pelakuan rasuah terutama jika dilihat dari aspek salah laku pentadbiran. !. adakah ayat ini tepat? 2. ..di dalam institusi atau dalam institusi?Walaupun isu rasuah dalam institusi pentadbiran agama Islam seperti jabatan atau majlis agama Islam, mahkamah syariah dan institusi masjid tidak begitu ketara namun tidak dinafikan bahawa institusi tersebut juga terdedah kepada pelakuan rasuah, terutamanya dari aspek salah laku pentadbiran.Tatabahasa22.11.2021
Adakah martir dan syahid (martyr) benda yang sama?Jawapan 48932:  Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan  martir daripada Indonesia-Belanda diberikan takrifan orang yang mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik), manakala syahid pula ialah perkataan Arab yang bermaksud saksi yang menegakkan atau mempertahankan kebenaran agama Islam, orang yang mati kerana agama Islam.

Jawapan 48931: Carian kami mendapati frasa Independent Police Conduct Authority (IPCA) merupakan satu nama organisasi polis di New Zealand. Di Malaysia, organisasi yang mempunyai fungsi yang hampir sama ialah Independent Police Complaint and Misconduct Commission (IPCMC), iaitu dalam bahasa Melayunya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis.  Sehubungan itu, cadangan kami untuk frasa   Independent Police Conduct Authority (IPCA) ialah Badan Berkuasa Bebas Tatatertib Polis.  Sekiranya cadangan ini tidak menepati konsep penggunaan yang tuan maksudkan, sila berikan konteks penggunaan agar kami dapat mencadangkan terjemahan yang bersesuaian.
Istilah21.04.2019
12

Kembali ke atas