Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perlakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLUCUTHAKAN

Perlucuthakan ialah hukuman atau denda

menurut undang-undang terhadap seseorang yang

didapati bersalah atas perbuatan salah laku atau

terhadap seseorang yang melanggar kontrak atau

syarat. Ia akan kehilangan beberapa hak atau

pemilikan.

UMUM 
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM 
SOSIALISASI

Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku,

merujuk kepada proses kompleks yang dialami

oleh individu ketika belajar mengenal dan

melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh

masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat,

idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku

yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli

psikologi, dan ahli sosiologi menganggap

sosialisasi sebagai salah satu cara utama

masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui

sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain.

UMUM 
KINSEY, ALFRED CHARLES

Kinsey, Alfred Charles (1894–1956), ahli

biologi Amerika. Dia ialah salah seorang ahli sains

pertama yang membuat kajian tentang tingkah laku

seksual manusia. Kajiannya yang bermula pada

akhir tahun 1930-an, menyumbangkan wawasan

penting kepada perhubungan seksual antara

manusia.

UMUM 
SOSIOLOGI

Sosiologi ialah satu kajian tentang individu,

kumpulan, dan institusi yang membentuk

masyarakat manusia. Bidang sosiologi meliputi

lapangan yang cukup luas, termasuk setiap aspek

tentang keadaan sosial manusia. Ahli sosiologi

meneliti dan merekod bagaimana manusia

berhubung sesama mereka dan dengan

persekitaran mereka. Mereka juga mengkaji

pembentukan kumpulan; sebab-sebab pelbagai

bentuk tingkah laku sosial; dan peranan sekolah

institusi dan lain yang wujud di kalangan

masyarakat. Sosiologi ialah salah satu bidang

sains sosial dan amat rapat hubungannya

dengan antropologi, psikologi, dan sains sosial

yang lain.

UMUM 

Kembali ke atas