Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah-salah 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah)Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur.Tatabahasa10.04.2011
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:)Frasa yang diberikan betul dan boleh digunakan mengikut konteks yang bersesuaian.
Tatabahasa14.05.2024
Tuan, antara ayat di bawah yang mana salah? 1. Mereka bersenam selalu di padang. 2. Mereka bersenam di padang selalu.Ayat kedua salah kerana kata adverba (selalu) boleh hadir selepas atau sebelum kata kerja seperti dalam ayat pertama.Tatabahasa20.03.2011
Salam. Ayat di bawah betul atau salah. 1. Ayah memandu kerta Exora ke pejabatnya.Ayat "Ayah memandu kereta Exora ke pejabatnya." adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan "kerta" dalam ayat yang diberikan adalah salah.Tatabahasa06.06.2013
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
Salam tuan. Adakah kata-kata berikut betul? 1. salah tempat Contoh ayat: Kamu sudah salah tempat untuk membuat kad pengenalan. 2. tuan-tuan dan puan-puan sekalian Terima kasih.

Penggunaan yang lebih formal untuk menyatakan hal tersebut ialah seperti contoh yang berikut:

1.      Kamu berada di tempat yang salah untuk membuat pengaduan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih.
Tatabahasa26.08.2023
betul atau salah 1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. 2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya

1.dia murid yang paling tinggi di dalam kelasnya. - betul

2.dia murid yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. -Salah. Kata 'tertinggi' mendukung maksud darjah penghabisan dan tidak boleh diikuti dengan kata penguat 'sekali'

Lain-lain20.06.2009
Selamat sejahtera Encik/Puan 1. Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung. Ayat 1 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? 2. Kami melawat ke hospital untuk menziarahi datuk yang sakit. Ayat 2 betul atau salah? Jika salah, bagaimanakah buat pembetulan untuk ayat tersebut? Terima kasih.

Cadangan ayat yang betul ialah:

 1.    Kami sekeluarga melawat datuk dan nenek di kampung.
 2.    Kami menziarahi datuk yang sakit di hospital.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 1284 dan 2527.


Tatabahasa01.10.2023
Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

Encik Nor Nizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Saya menghadapi masalah dalam memperbetul ayat-ayat ini jika ayat-ayat ini salah. 1- Hal ini dilihat dari segi penyalahgunaan perkataan tertentu. (dari segi) 2- Pasukan bomba dari Balai Bomba Daerah Dungun samapai dalam masa 10 minit. (dari Balai) 3- Kita boleh membantu kedua-dua ibu bapa dengan meringankan bebanan tugas mereka. (boleh membantu)

ketiga-tiga soalan yang ditanyakan adalah betul.

 

Tatabahasa17.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas