Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.la/] | سالق

Definisi : bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la/] | سالق

Definisi : sj tumbuhan (palma), Zalacca edulis; ~ hutan sj tumbuhan (palma), a) Zalacca affinis; b) Zalacca conferta; c) Zalacca gla-borescens; ~ kumbar = ~ ringan sj tumbuhan (palma), Zalacca wallichiana; tinggal ke-lopak ~ prb habis harta bendanya (tinggal yg ada di badan sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la/] | سالق

Definisi : , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. me­nyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.la/] | سالق

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya, Zalacca edulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tinggal kain sehelai sepinggang.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Pasir Salak: Sebuah Elegi PerjuanganHaris Fadilah AhmadBerita Minggu (Sastera dan Budaya)27.08.2000
Pasir Salak dan semangat kebangsaanAripin SaidUtusan Malaysia11.08.1995
Pasir Salak didendang lagi Isnin iniTiadaBerita Harian18.08.1990
Pasir Salak: Bumi Pahlawan MelayuZabidin IsmailBerita Minggu17.07.1994
Pasir SalakJ. M. AzizUtusan Zaman20.04.1980
"Pasir Salak' akan meletakkan Malaysia di mata duniaNazeri Nong SamahUtusan Malaysia24.07.1991
Pasir Salak 'Dijual'Azlan SuhaimiWarta Perdana10.05.1992
Pasir SalakFirdaus AbdullahBerita Minggu01.04.1980
Pasir SalakFirdaus AbdullahBerita Minggu01.04.1980
Pasir SalakFirdaus AbdullahBerita Minggu01.04.1980
1234

Kembali ke atas