Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.la/] | سالق

Definisi : bunyi (suara) anjing yg kuat: ~ anjing bersahut-sahutan di kiri kanan rumah; menyalak 1. berbunyi dgn keras (anjing), menggonggong: seekor anjing akan ~ kalau ada musuh mendekatinya; 2. meng­gong-gong kpd: anjing itu ~ pencuri; 3. Mn tidak henti-henti meminta, merenggek, merengek; anjing ~, bukit takkan runtuh prb tidak akan rosak kebaikan seseorang jika dicela oleh orang yg jahat; spt disalak anjing bertuah prb tidak dapat ditolak (ditangguh) lagi; salakan salak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la/] | سالق

Definisi : sj tumbuhan (palma), Zalacca edulis; ~ hutan sj tumbuhan (palma), a) Zalacca affinis; b) Zalacca conferta; c) Zalacca gla-borescens; ~ kumbar = ~ ringan sj tumbuhan (palma), Zalacca wallichiana; tinggal ke-lopak ~ prb habis harta bendanya (tinggal yg ada di badan sahaja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.la/] | سالق

Definisi : , = salakan bunyi teriakan anjing: ~ anjing bersahut-sahutan. me­nyalak 1 mengeluarkan bunyi yg kuat (bkn anjing): Anjing yg ~ biasanya jarang-jarang menggigit. 2 menghalakan salaknya kpd: Anjing itu ~ pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.la/] | سالق

Definisi : nama sj pokok palma atau buahnya, Zalacca edulis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salak (kata nama)
Bersinonim dengan dengking, gonggong;,
Kata Terbitan : menyalak,

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Tinggal kain sehelai sepinggang.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kelopak salak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barkerpengulit; alat mengulit; penyakit salakVeterinarTiadaTiada
historical landscapelandskap sejarahLandskapTiadaLandskap ya ng mengandungi artifak dan nilai sejarah. Contohnya, landskap yang terdapat di Pasir Salak, Perak dan Lembah Bujang, Kedah.
dioeciousdiesiusBotaniTiadaKeadaan tumbuhan yang menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan dalam spesies yang sama. Contohnya, pokok salak.
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
rural historic landscapelandskap sejarah desaLandskapTiadaKawasan desa ya ng dikenal pasti sebagai kawasan yang mempunyai nilai sejarah dan perlu dikekalkan. Landskap ini dikekalkan untuk warisan negara dan pelancongan. Contohnya, Kampung Pasir Salak di Perak dan Kampung Portugis di Melaka.
acid peat soiltanah gambut berasidPertanianAgroteknologiTanah gambut yang berasid tinggi (nilai pH kurang daripada 4.0), berwarna gelap, dan mempunyai kandungan gambut (saki-baki reputan tumbuhan) yang sangat tinggi. Terdapat tanah gambut yang mempunyai lapisan yang nipis, iaitu kira-kira dua meter, atau yang dalam melebihi tiga meter. Tanah gambut terbentuk di kawasan yang digenangi air seperti kawasan paya bakau. Tanah ini boleh digunakan untuk penanaman nanas, rumbia dan salak.

Kembali ke atas