Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lang] | سالڠ

Definisi : hukuman yg dilaksanakan dgn meni-kam (dgn keris) dr lekuk tulang selangka kiri hingga ke hati: orang itu telah dikenakan hukuman sula atau ~; menyalang menikam orang (dgn keris) dr lekuk tulang selangka kiri hingga ke hati: dgn keris jenis inilah, pekerjaan ~ dilakukan; penyalang; keris ~ keris yg digunakan utk menyalang; tempat ~ bahagian di antara tulang selangka dgn leher (tempat menyalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lang] | سالڠ

Definisi : 1. sj bakul tergantung (tempat menaruh makanan dll); 2. sj perkakas drpd buluh dll (tempat meletakkan bakul dll) yg diberi bertali supaya boleh dipikul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lang] | سالڠ

Definisi : Mn; salangkan sedangkan, meski-pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lang] | سالڠ

Definisi : 1 bakul yg digantung tempat menaruh makanan dll. 2 lingkaran rotan tempat menyangkutkan bakul atau barang-barang yg dipikul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lang] | سالڠ

Definisi : ; menyalang menikam orang dgn keris panjang dr belikat hingga ke jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR SULTAN MAULANA

SYAIR SULTAN MAULANA, puisi Melayu tradisional. Naskhah syair ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi dan mempunyai 1 102 rangkap. Nama pengarang syair ini tidak diketahui dengan tepat tetapi ialah seorang pembesar yang ikut serta dalam peperangan antara Siam dengan Burma untuk merebut Pulau Jong Salang. Pembesar ini daripada angkatan Kedah yang diperintahkan oleh Siam untuk membantu mereka. Pengarang menghasilkan karya ini atas kehendaknya sendiri. Syair ini dinamakan Syair Sultan Maulana mengambil sempena nama Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah (1797-1845).  Syair Sultan Maulana telah diterbitkan pada tahun 1980 oleh Penerbit Universiti Malaya dengan tajuk Syair Sultan Maulana; Suatu Penelitian Kritis tentang Hasil Persejarahan Melayu Tradisional. Pada tahun 1985, C. Skinner telah menghasilkan buku The Battle for Junk Ceylon (Syair Sultan Maulana) dan pada tahun 1986, kajian oleh Siti Hawa Salleh “Review: The Battle for Junk Ceylon Edited by C. Skinner.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas