Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lin] | سالين

Definisi : tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, memper­salini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; ~ tak tumpah betul-betul menyerupai seseorang atau menyerupai yg asalnya. bersalin berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. menyalin 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. salinan hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. penyalinan perbuatan atau hal menyalin. penyalin 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; bersalin bh melahirkan anak; beranak: Isterinya sudah cukup masa utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; menyalini memberikan hadiah yg berupa selengkap pakaian kpd: Ratu Bestari telah ~ utusan itu. persalinan hadiah yg berupa selengkap pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,

Peribahasa

Seperti pinang dibelah dua.

Bermaksud :

Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spit 1 the ~ of, the dead ~ of, the ~ and image of, salin tak tumpah rupa, sebiji rupa: the youngest daughter is the ~ of her mother, anak perempuan bongsunya salin tak tumpah rupa ibunya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moultn process of shedding, a. (of bird’s feathers, mammal’s hair, etc), /persalinan, salin/ bulu; b. (of reptile’s skin, arthropod’s cuticle), /persalinan, salin/ kulit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
copiern penyalin, mesin salin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chip~ off the old block, salin tak tumpah; have a ~ on o’s shoulder, mudah marah dan tersinggung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spitting adj; ~ image of so., salin tak tumpah rupa sso; within ~ distance, (colloq) sangat dekat dgn: my house is within ~ distance of the school, rumah saya sangat dekat dgn sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
occupyb. (toilet, changing room, etc) sedang digunakan, ada orang di dalamnya: all the changing rooms are occupied at the moment, pd masa ini, semua bilik salin pakaian sedang digunakan; 5. keep busy, memenuhi, mengisi: how on earth do you ~ your time?, bagaimana kamu memenuhi masamu?; ~ os, /memenuhi, mengisi/ /masa, waktu/ sso: he occupied himself in making model planes, dia memenuhi masanya dgn membuat model-model kapal terbang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
imagen 1. likeness of person, thing, esp sculptured, patung; (on coin) replika: beautifully carved ~s of Buddha, patung Buddha yg diukir dgn cantiknya; 2. reflection, optical counterpart of object, a. (produced by mirror etc) bayang-bayang; (tech) imej; b. (produced by lens) imej; (on cinema, television screen, etc) gambar, imej: the ~ on the screen is blurred, gambar di layar perak itu kabur; 3. close likeness, copy, salin tak tumpah; be the (very, spitting, living) ~ of so., salin tak tumpah spt sso: she’s the spitting ~ of her grandmother, dia salin tak tumpah spt neneknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas