Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lin] | سالين

Definisi : tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, memper­salini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan se­leng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (men­terjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; ~ tak tumpah betul-betul menyerupai seseorang atau menyerupai yg asalnya. bersalin berganti atau ber­tukar dgn yg lain; berubah rupanya: Tunggu sebentar, dia sedang ~ pakaian. menyalin 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. salinan hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. penyalinan perbuatan atau hal menyalin. penyalin 1 orang yg menyalin atau yg menterjemahkan. 2 alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; bersalin bh melahirkan anak; beranak: Isterinya sudah cukup masa utk ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.lin] | سالين

Definisi : ; menyalini memberikan hadiah yg berupa selengkap pakaian kpd: Ratu Bestari telah ~ utusan itu. persalinan hadiah yg berupa selengkap pakaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,

Peribahasa

Seperti pinang dibelah dua.

Bermaksud :

Serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: Salin [= sesalin] tak tumpah, b. Seperti peluru dua setuangan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
copy textsalin teks; salin dataPentadbiran PerniagaanTiada1. Menyalin teks dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dalam satu fail.,2. Menyalin data dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dalam satu fail.
RCP serverPelayan Protokol Salin Jauh (RCP)Teknologi MaklumatTiadaPeranti atau penghala yang bertindak sebagai pelayan bagi atur cara salin jauh UNIX Berkeley. Protokol ini membenarkan pengguna menyalin fail yang terletak pada hos atau pelayan jauh dalam sesuatu rangkaian. Pelayan RCP menggunakan protokol kawalan penghantaran (TCP) untuk memastikan penghantaran data yang stabil. Lihat juga TCP
anecdysisanekdisisBiologiEkologiJangka masa yang panjang dan pasif di antara dua proses salin kulit pada antropod. Pada masa ini, persediaan untuk proses salin kulit seterusnya tidak dapat dikenal pasti. Lihat juga ekdisis.
copybacksalin balikKejuruteraanTiadaTiada
moltsalin bulu (Ternak)VeterinarTiadaTiada
straight copysalin terusPentadbiran PerniagaanTiadaMenaip sesuatu mengikut bentuk asal tanpa sebarang perubahan.
copy filesalin failPentadbiran PerniagaanTiadaMenyalin data dari satu fail ke fail yang lain.
forced moltingsalin bulu paksaVeterinarTiadaTiada
electronic reproductionsalin elektronikKesenianTiadaProses menyalin gambar menerusi kaedah elektronik.
afschrijft Bld.salinKesusasteraanTiadaKerja menyalin yang dilakukan oleh seseorang penyalin.
1234

Kembali ke atas