Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saling (kata tugas)
Bersinonim dengan berbalas-balasan, sama-sama, serentak.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TKPerkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah.Tatabahasa13.04.2012
Tuan, 1. saling tolak-menolak 2. tolak-menolak 3. saling menolak Saya berasa bahawa "saling tolak-menolak" adalah salah dan jawapan yang betul ialah "tolak-menolak" atau " saling menolak". Adakah jawapan saya ini betul? Saya tidak pasti akan jawapan saya ini. Tolong berikan penjelasan kenapa perlu letak "tolak menolak/saling menolak". Terima kasih.Frasa yang betul ialah "saling menolak" atau "tolak-menolak".  Tolak-menolak ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling dalam kata tersebut.Tatabahasa01.05.2014
Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafanMakna25.03.2012
saling faham memahami atau saling memahami atau faham memahami?saling memahami...Tatabahasa20.09.2012
Salam. 1. Saling menghormati ATAU saling hormat menghormati? 2. Adakah frasa 'Dalam pada itu' betul? Cikgu saya kata salah. Jika betul, apa maksudnya? Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah "saling menghormati" dan "hormat-menghormati" kerana hormat-menghormati ialah perbuatan bersalingan antara dua pihak, maka tidak perlu lagi perkataan saling. Manakala frasa "Dalam pada itu" boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai penanda wacana yang menyambung wacana sebelumnya untuk menunjukkan perkaitan cerita dengan wacana seterusnya.

 


  
Tatabahasa18.02.2021
Tadi, dua buah kereta saling berlanggaran. Bolehkah saya menggunakan "saling" di dalam ayat di atas?Perkataan saling boleh digunakan dalam ayat yang tersebut.  Ayat yang dicadangkan:  Sebentar tadi, terdapat dua buah kereta saling berlanggaran di jalan utama menuju Kuala Selangor.Tatabahasa28.03.2022
Sikap saling tolong-menolong....betulkah? Atau saling menolong??

Frasa yang betul ialah ‘tolong-menolong’ atau ‘saling menolong’. ‘Tolong-menolong’ ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling.

Tatabahasa13.05.2014
1. Bolehkah "saling " digunakan dengan "antara satu sama lain"? 2.Apakah perbezaan antara "titah" dan "sabda"? 3."Kaedah peN- " atau "kaedah beR/meN" (contoh :"kaedah belajar" atau "kaedah pembelajaran") 4.Apakah perbezaan antara "kepimpinan" dengan "lepemimpinan"? Terima kasih1. Soalan pertama tidak jelas. Contoh penggunaan "saling" yang betul seperti saling membantu (bukan saling bantu-membantu).
2. Titah ialah bahasa diraja yang bermaksud kata, manakala sabda ialah kata yang dikaitkan dengan nabi. Boleh rujuk PRPM untuk maklumat selanjutnya.
3. Apitan peN-...-an menerbitkan kata pembelajaran daripada kata dasar belajar.
4. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin dan kepemipinan bermaksud hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin.
Tatabahasa02.04.2020
saling bertikam-tikaman..adakah frasa ini betul? tuan, TQBertikam-tikaman bermaksud saling menusuk dgn senjata. Oleh itu, tidak perlu lagi didahului oleh kata saling.Tatabahasa01.02.2012
saling berkasih-kasihan munsyi, adakah gramatis digunakan?Bentuk yang gramatis ialah berkasih-kasihan. Perkataan saling tidak perlu kerana berkasih-kasihan telah membawa maksud saling menyayangi.Tatabahasa16.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas