Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saling (kata tugas)
Bersinonim dengan berbalas-balasan, sama-sama, serentak.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLEKSUS

Pleksus dalam anatomi, ialah rangkaian bahagian

yang saling terjalin.

UMUM 
ELEKTRODINAMIK KUANTUM

Elektrodinamik kuantum ialah  teori

tentang saling tindak antara elektron dengan pancaran

elektromagnet.

UMUM 
ARAB PURBA, KERAJAAN

Arab Purba, Kerajaan ialah kerajaan yang

wujud sebelum kedatangan Islam yang saling

berbeza daripada segi kekuatan dan kelemahan.

UMUM 
KAMPUNG

Kampung ialah sekelompok kecil petempatan

yang mempunyai penduduk yang tergolong dalam

satu kumpulan, saling berkongsi ekonomi dan

sumber yang terdapat di sesuatu tempat.

UMUM 
PERUBATAN OSTEOPATIK

Perubatan osteopatik ialah suatu sistem

perubatan yang berasaskan kepercayaan bahawa

semua sistem tubuh adalah saling berkait.

Penyakit di salah satu bahagian tubuh akan

menjejaskan bahagian tubuh yang lain. Oleh itu,

seluruh tubuh seseorang itu mesti diperiksa

apabila memberi rawatan. Perubatan osteopatik

menekankan kepentingan sistem otot skeletal

tubuh. Sistem ini terdiri daripada otot dan tulang

serta tendon dan ligamen yang menyambungkannya.

UMUM 
PERSETERUAN

Perseteruan ialah persengketaan keluarga yang

pernah menjadi kelaziman di Itali, terutamanya di

Sicily . Dua keluarga akan saling bergaduh dan

selalunya bertindak ganas untuk membalas dendam

ke atas kecederaan atau pembunuhan ahli

keluarganya.

UMUM 
ALCOHOLIC ANONYMOUS (A.A.)

Alcoholic Anonymous (A.A.) ialah pertubuhan

seluruh dunia untuk golongan lelaki dan wanita

yang saling membantu satu sama lain untuk

menyelesaikan masalah alkoholisme.

UMUM 
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
BANJARBANJAR, suku bangsa campuran pelbagai kaum yang berasal dari luar, yang saling berbeza dalam bahasa dan kebudayaan.  BUDAYAKonsep
EKOSISTEM

Ekosistem ialah sistem yang merangkumi organisma hidup dan bukan hidup yang saling bertindak dengan persekitarannya.

BIOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas