Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ling] | ساليڠ

Definisi : kata yg menunjukkan perbuatan dll yg berbalas-balasan; sama-sama: ~ membantu sama-sama menolong; bantu-membantu. menyaling (ber­tin­dak) berbalas-balasan antara satu dgn yg lain. kesalingan perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saling (kata tugas)
Bersinonim dengan berbalas-balasan, sama-sama, serentak.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weak interactionsaling tindakan lemahFizikAtom dan NuklearSatu daripada saling tindakan asas antara zarah keunsuran yang magnitudnya lebih lemah daripada saling tindakan kuat dan saling tindakan elektromagnet. Saling tindakan tersebut tidak mengabadikan keganjilan atau pariti. Kesannya menyebabkan reputan beta dalam nukleus, dan reputan zarah keunsuran yang mempunyai masa hayat melebihi 10-10 saat seperti muon, meson K dan hiperon lambda.
interdependentsaling bersandaran; saling bergantungMatematikTiadaTiada
interdependencesaling bergantungan; saling bersandaranMatematikTiadaTiada
interdependencesaling bergantungan; saling bersandaranSains PolitikTiadaTiada
interdependencesaling bergantungan; saling bersandaranSejarahTiadaTiada
weak couplinggandingan lemahFizikAtom dan NuklearGandingan empat medan fermion dalam saling tindakan lemah yang kekuatannya lebih lemah beberapa tertib magnitud daripada saling tindakan kuat atau saling tindakan elektromagnet.
aspect-oriented software developmentpembangunan perisian berorientasikan aspekTeknologi MaklumatPerisianPendekatan pembangunan perisian yang menggabungkan pembangunan berasaskan komponen dan pembangunan umum yang melibatkan saling pemangkasan. Saling pemangkasan yang dikenal pasti dalam pembangunan perisian ini dikenali sebagai aspek. Satu atur cara yang khusus akan meneliti aspek ini dan meletakkannya pada lokasi yang bersesuaian dalam atur cara tersebut.
pathosystempatosistemBiologiPatologiSistem patologi yang terdiri daripada perumah dan patogen yang saling berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
coupling constantpemalar gandinganFizikModen1 Ukuran kekuatan saling tindakan antara zarah, seperti saling tindakan yang kuat antara meson dengan nukleon, dan saling tindakan yang lemah antara empat fermion. 2 Ukuran kekuatan gandingan antara dua sistem, terutamanya litar elektrik. 3 Ukuran kebersandaran satu kuantiti fizik terhadap satu kuantiti fizik lain.
consolute temperaturesuhu saling larutKejuruteraanKejuruteraan KimiaSuhu yang menandakan sifat kestabilan sesuatu fasa campuran cecair. Suhu yang lebih tinggi daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut bercampur sepenuhnya dan suhu yang kurang daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut akan berpisah untuk membuka fasa yang berasingan.
12345678910...

Kembali ke atas