Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
duktus ejakulasiejaculatory ductSaluran yang menyambungkan saluran sperma dari testis ke uretra.Menengah Atas
sel gobletgoblet cellSel epitelium yang mensintesis dan merembeskan mukus. Sel ini terdapat dengan banyak pada vertebrata, terutamanya pada saluran usus dan saluran pernafasan mamalia, dan pada epidermis ikan.Menengah Atas
farajvaginaSaluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita.Menengah Rendah
trakeatracheaSaluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk ‘C’. Trakea bercabang menjadi dua bronkus.Menengah Rendah
venaveinsSaluran yang membawa darah ke jantung.Menengah Atas
lubang hidungnostrilStruktur saluran hidung yang mempunyai dua cabang pada pembukaan luar untuk menghidu dan bernafas.Menengah Rendah
duktus spermasperm ductSaluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki.Menengah Rendah
kadar denyutan nadipulse rateKadar pengembangan dan pengecutan saluran darah (arteri) per minit.Sekolah Rendah
udara sedutaninhaled airUdara yang masuk ke dalam paru-paru melalui saluran pernafasan.Menengah Atas
kapilaricapillarySalur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas