Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salutan;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELEKTROPENYADURAN

Elektropenyaduran ialah proses membubuh

salutan logam pada sesuatu logam atau permukaan

pengalir yang lain dengan menggunakan arus

elektrik.

UMUM 
LILIN SAYUR

Lilin sayur. Banyak tumbuhan mempunyai

salutan lilin semula jadi yang melindunginya

daripada haba dan lembapan.

UMUM 
LILIN

Lilin ialah bahan lemak yang digunakan dengan

meluas sebagai salutan perlindungan bagi

pelbagai permukaan. Ia tahan terhadap udara,

air dan perubahan kimia. Kebanyakan lilin adalah

pepejal pada suhu bilik. Ia menjadi lembut apabila

dipanaskan. Perkataan wax dalam bahasa Inggeris

bagi lilin berasal daripada perkataan Anglo-Saxon

weax, yang bermakna beeswax (lilin lebah).

UMUM 
SINAR KATOD

Sinar katod ialah nama sinaran tak boleh

nampak yang dipancarkan dari elektrod negatif

(katod) tiub Crookes (lihat Tiub Crookes). Sinar

ini boleh dihasilkan dengan menyambungkan

elektrod kepada sumber voltan tinggi tenaga

elektrik. Sinar katod menyebabkan pendarfluor

berwarna hijau kekuningan terbentuk apabila

terkena salutan pada kaca tiub. Biasanya, salutan

ini adalah zink sulfida. Bayang-bayang yang

jelas terhasil dalam pendarfluor di hujung tiub

apabila plat logam diletakkan dalam laluan sinar

ini. Tiub sinar katod digunakan dalam peti

televisyen, paparan radar dan banyak alat

saintifik.

UMUM 
RESIN SINTETIK

Resin sintetik ialah salah satu daripada sebatian

kimia yang termasuk dalam kumpulan sebatian

kimia yang besar yang termasuk juga plastik biasa

yang kita guna. Resin ini boleh diolah untuk menjadi

gentian atau filem, dibentuk dalam acuan untuk

dijadikan berbagai-bagai bentuk, umpamanya dari

sekeping sikat kecil yang boleh dimasukkan ke

dalam saku sehingga ke bamper kereta. Pengilang

menggunakan sebatian ini dalam pembuatan cat

dan perekat dan juga sebagai salutan pada kain,

kertas dan logam.

UMUM 

Kembali ke atas