Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma] | سام

Definisi : 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 me­lakukan se­suatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Ter­dapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Hati gajah sama dilapah,
     hati kuman (= tuma) sama dicecah.

Bermaksud :

Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
go~ together, a. keep each other company, pergi /bersama-(sama), sama-sama/: let’s ~ to the movies together, mari kita pergi tengok wayang bersama-sama; b. be found together, seiring: poverty and disease often ~ together, kemiskinan dan penyakit selalunya seiring; c. harmonize, bersesuaian: the dress and shoes don’t ~ together, baju dan kasut itu tdk bersesuaian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neck~ and ~, a. (in a horse-race etc) sama-sama di hadapan: the two boys finished ~ and ~ in the race, kedua-dua budak itu menamatkan perlumbaan dgn sama-sama di hadapan; b. (in popularity polls, etc) sama-sama hebat: the two parties vie with each other ~ and ~ in the opinion polls, kedua-dua parti itu bersaing sama-sama hebat dlm tinjauan pendapat itu; ~ of the woods, (colloq) ceruk negeri;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
together5. combined, sama-sama: he was smarter than the other two put ~, dia lebih bijak drpd kedua-dua orang itu digandingkan sama-sama; ~ these factors have brought about disunity among the party members, faktor-faktor ini sama-sama membawa perpecahan di kalangan ahli-ahli parti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
togetheradv 1. conjointly, in corporation, sama-sama: we all went ~ in the one car, kami semua sama-sama pergi dlm satu kereta; the two scientists are working ~ on the experiment, kedua-dua ahli sains itu sama-sama membuat uji kaji tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
welcomeyou’re ~, sama-sama, terima kasih kembali: “Thank you.” “You’re ~“Terima kasih.” “Sama-sama”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pleasure/a, my, our/ ~, it’s a ~, sama-sama: “Thank you for the lift” “My ~”, “Terima kasih krn memberi saya tumpang.” “Sama-sama”; have the ~ of /st, doing st/, sudi(kah): may I have the ~ of this dance?, sudikah saudari menari dgn saya?; take /great, no/ ~ in st, /suka, tdk suka/ + approp v : he takes great ~ in teasing the younger children, dia suka menyakat budak-budak kecil; I take no ~ in doing this job, saya tdk suka membuat kerja ini; with ~, tentu sekali: “Will you come with me?” “Yes, with ~”, “Sudikah kamu pergi bersama saya?” “Ya, tentu sekali”.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
equallyadv 1. to an equal degree or in an equal manner, sama [adj], sama-sama [v]: they are ~ rich, mereka sama kaya; the two are ~ responsible for the failure, kedua-dua mereka sama-sama bertanggungjawab atas kegagalan itu; divide st ~, membahagikan sst sama banyak: his estate was divided ~ among his five children, harta pusakanya dibahagikan sama banyak antara lima orang anaknya; 2. in equal shares or parts, sama banyak: the burden of responsibility lies ~ upon all of us, beban tanggungjawab terletak sama banyak atas kita; they shared the work ~ between them, mereka berkongsi kerja itu sama banyak antara mereka; 3. at the same time, by the same token, pd masa yg sama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
headput /our, your, their/ ~s together, sama-sama /berunding, berbincang, bermuafakat/: if we put our ~s together, we can come up with a solution, jika kita sama-sama berunding, kita akan mendapat penyelesaian; a swollen ~, besar kepala; take it into o’s ~, a. (to do st), tiba-tiba tergerak di hati sso: he took it into his ~ to go on a holiday, tiba-tiba tergerak di hatinya utk pergi bercuti; b. (to think st) tiba-tiba terfikir; turn so’s ~, make so. conceited, menyebabkan sso lupa diri; weak in the ~, berotak lembam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
join~ in, approp v + /bersama-sama, sama/; (fml) ikut serta, turut sama: we’re playing Monopoly; why don’t you join in?, kami sedang main Monopoli; marilah main bersama-sama; the food looks delicious; may we ~ in?,sedap nampaknya makanan itu; boleh kami makan sama?; ~ in st, bersama-sama; (fml) ikut serta, turut sama: many people in the audience started to ~ in the singing, ramai penonton yg mula bernyanyi bersama-sama or turut sama bernyanyi; he refused to ~ in the discussion, dia enggan ikut serta dlm perbincangan itu; ~ so. in st, approp v + (sst) /bersama(-sama), dgn/ sso: do ~ us in a walk, mari bersiar-siar bersama kami; will you ~ me in a game of chess?, saudara hendak bermain catur dgn saya?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jointlyadv 1. (foll verb) bersama: to inherit ~ the estate of the deceased, memiliki bersama harta pusaka si mati; 2. (preceding adj) sama-sama: to be ~ liable for the damage, dianggap sama-sama bertanggungjawab atas kerosakan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas